Monday, August 19, 2013

Raya kan sebulan.... Heheheh

Haih.. Parah da aku ni.
Sebulan satu entry.
Memang parah.
Ni dah kira malas tahap gaban da ni.

Errr sempat lagi tak aku nak ucap selamat hari raya?
Sempat koooottttt, raya kan sebulan. Hikhikhik

Selamat hari raya Aidilfititri aku ucapkan kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa dan jarang update ni. Dan juga paling utama kepada followers aku yang setia menanti entry dari aku yang malas nih. I love you lah.

tak taulah.. perasaan aku je atau korang pon rase macam tu jugak..
tahun ni raya tak meriah kan?
takbir raya kat TV da tak kerap macam dulu
kat umah mak aku, budak-budak da kurang datang
hidangan raya kat rumah pon tak semeriah dulu
ntah lah.. semua rumah aku pegi, sameee je menu, tapi yang 'bestnya'.. semuanya INSTANT

sesungguhnya semangat raya tu da semakin hilang
kalo dulu, zaman aku kecik-kecik dulu, masak memang beriya sangat
takde la kuali kecik nih, main kawah terus
biskut tak mian la beli kat kedai nih.. semua buat sendiri
even kerepek pon buat sendiri
rumah memang tak putus dengan budak-budak datang beraya
penat buat airrrr je
kat jalan, meriah dengan warna warni baju orang berjalan kaki pergi beraya
riuh sangat.

those days.. hari raya memang sangat best.
wonder why jadi macam ni sekarang

pada pendapat aku la...
budak tak ramai nak kuar beraya dengan kawan-kawan sebab mak bapak tak bagi.. takot kena culik (i agree) Malaysia kurang selamat sekarang, culik budak sana-sini, tembak sana-sini. Zaman aku kecik-kecik dulu, nak kuar gi main dengan kawan, kawan takde sape risau kena culik. Zaman sekarang, anak depan mak bapak pon kena culik.

orang sekarang dah tak kuasa nak turun dapur masak beriya.. buang masa katanya, jadi dorang pilih instant. ketupat plastik, lemang plastik, pes rendang segera, kuah kacang segera, biskut tunjuk, kerepek tunjuk. pendek kata kalo ade ape-ape yang segera, semua dia sapu. Itu sebab sekarang ni da normal kalo perempuan tak pandai masak. Anak membesarkan jasa tapau makanan kat luar. Alasan sibuk bekerja. Arghhh yang ni memang seriusly aku disagree. (maaf kalo ayat aku agak kasar)

bagi aku, aku tetap meneruskan tradisi semua-buat-sendiri. Dari  biskut raya, kek raya, kerepek raya, baju raya, nasi himpit, rendang dan lain-lain lagi.. semua aku buat sendiri,

ooo lagi satu, baju raya, aku tengok tahun ni fesyen baju raya ntah-ape-ape-ntah. yang lelaki tu okaylah, baju melayu, yang perempuan nih, takde dah baju kurung, baju kebaya. pelik-pelik aku tengok fesyen dorang ni, pastu nampak macam susah nak bergerakk je. pastu mula la,, baju raya sampai tengahari je, back to t-shirt and jeans sebab senang nak basuh pinggan kat dapur. . hahahahha kalo pakai baju kurung kan senang....

bagi aku, tradisi perlu diteruskan, kalo tak nanti semuanya akan hilang, ketupat palas hilang, ketupat daun kelapa hilang, lemang hilang, kuah kacang kat semua rumah rasa samaaaa je. ntah-ntah besok takde langsung menu traditional, hari raya nanti hidang KFC, pizza, spageti..... who knows?

sori kalo entry ni agak emo sedikit.. aku memang poyo

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN YE

hehehehe
anisfuad
xoxo

No comments:

Post a Comment