Friday, August 23, 2013

Mari Masak : Kek Hokkaido Gebu

Aku ni suka sangat baking
tu yang meroyan beli Kitchen Aid bagai
sekarang ni gile nak mengumpul Nordic Bundt cake pan
selang 2- 3 hari aku mesti membaking
dah macam ketagih dah aku ni
makan nye secubit je..

memandangkan hari ni ade pot luck kat opis dan sekolah anak aku,
jadi aku decided untuk buat Kek Hokkaido
dah banyak resepi aku guna, dan aku rasa resepi yang ni best
aku cedok resepi ni kat sini
Terima kasih banyak-banyak Hana sebab berkongsi resepi yang superb nih

ok, cakap banyak tak guna,
meh layan resepi dan gambar


Bahan-bahan
Bahan A
  • 3 biji kuning telur gred A
  • 20g gula kastor/gula halus
  • 35g minyak jagung
  • 60ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 15g tepung jagung/tepung kastad *
  • 55g tepung gandum * (hana half half gandum & SRF)
  • secubit garam* 
Bahan B
  • 3 biji putih telur gred A
  • 30g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar - optional
Bahan C (Krim Kastad by honey)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar gula
  • 200ml  susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170. Ayak bahan yang bertanda * dan ketepikan.
  • Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor/gula halus dan pukul sehingga berkrim. 
  • Masukkan esen vanila, susu segar dan minyak jagung. Kacau sebati. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan.
  • Pukul bahan B hingga bertanduk @ meringue ( terbalikkan tak jatuh ). Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.
 
 
  • Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh. Bakar selama 20minit atau sehingga masak.
tips : pakai ice-cream scoop supaya amount adunan akan sama, tak lebih, tak kurang

kan sama banyak tuh... heheheh
  • Penyediaan krim kastad - Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat.
krim kastad yang sedap
  • Bila dah sejuk paipkan ke dalam cupcakes menggunakan nozel, taburkan gula icing dan siap dihidang.


pastu kalau suka, letaklah gula bentuk love, buah or anything yang boleh mencantikkan kek anda. kalau tak cukup cantik lagi, letakkan anak dara anda sebelah kek tuh. hahahahah

Selamat mencuba

anisfuad
xoxo

1 comment: