Thursday, August 22, 2013

Doa Senjata Orang Mukmin - Qunut Nazilah

Astagfirullahal 'azim

Hari ni aku memang sangat sedih
bila muka depan newspaper paparkan gambar kanak-kanak yang terbaring kaku
dibunuh secara senyap oleh tentera Basyar

Astagfirullah, aku tak mampu nak terus menaip entry ni,
kali ni aku benar-benar sedih, mata merah dan bengkak sebab menangis

Aku nak sangat ke sana, membantu dan mahu turut sama menentang yang jahat itu.
ya, kalau dizinkan Allah, aku nak kesana

tiap kali tengok berita, video youtube mengenai kekejaman basyar, tentera mesir, israel
aku naik marah seolah-olah jantung tu rasa macam nak pecah
rasa nak menjerit.. cukuplah! cukuplah! cukuplah!

aku tunjuk kat anak-anak aku video ni
lantaklah orang nak kata aku tunjuk keganasan kat budak kecik
aku tunjuk video palestin
aku tunjuk video syria
aku tunjuk video mesir
aku nak mereka ada sifat Jihad Fisabillillah macam Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh dan lain-lain pahlawan Islam.
aku nak mereka jadikan pahlawan Islam ini 'Hero' mereka. Bukan Ben-10, bukan superman, bukan batman, bukan ironman, bukan hero buatan yahudi!

Anak kita didikan kita
kita yang bentuk mereka untuk jadikan ape yang mereka perlu jadi

Doalah wahai saudara Islamku
Doakanlah saudara kita disana
Moga berikanlah kemenangan kepada mereka
Jika bantuan wang ringgit diperlukan,
janganlah lokek, hulurlah seberapa mampu
itulah bekalan kita diakhirat

pada kita yang senang lenang disini
sentiasalah beringat
kita hanya merancang, Allah yang menentukan
segalanya milik Allah
aku juga beringat

aku kepilkan Qunut Nazilah untuk kita baca

walaupun kita tak dapat peluang berperang di sana
kita doakanlah mereka
sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.



Layari Qalbi Sakinah untuk panduan membacanya

anisfuad

No comments:

Post a Comment