Wednesday, July 17, 2013

Akhirnya

Assalamualaikum

Hari ni hari ke 8 puasa tahun 2013. Walaupon da agak lambat, aku tetap gak nak ucap Selamat Berpuasa dan Selamat Beribadat di Bulan Ramadhan.

lately, aku agak sibuk jugak campur malas plak nak update blog
malas sebab takde idea.. kering... kontang.. pffft
tapi baca blog orang aku suka, bleh timba ilmu dan secara tidak langsung menjadi stalker.. haihhhh berdosa!

ingat lagi tak entry lepas yang pasal Azfar nak kena operate tu?
hah.. Semuanya selesai sudah pada 28 Jun 2013
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar

ni nak cerita sikit la pengalaman aku hari tu.
Azfar masuk ward sehari sebelum operation date sebab dia kena puasa
Azfar masuk DEMC dan doktornya Dr. Abdul Razak, pakar ENT
doktor suh masuk kul 2.00 petang, aku belasah masuk jam 7.00 malam
aku keje hari tu, camno nak buat
tapi sebenarnya aku da inform doktor da.. dia kata ok je.

so malam tu jam 12.00 start la Azfar puasa, sebab operationnya jam 7.45 pagi
oo lupe.. sebelum tu, ade pakar bius datang bilik jumpa aku dan cerita pasal prosedur bius untuk Azfar esok
sign surat kebenaran dan tunggu jelah esok

pagi esoknya, nurse bagi baju bedah kat Azfar
mandi dan bersiap. Biarlah hensem skit, takdelah bau masam masuk OT tu nanti
7.15am nurse datang bawak wheel chair tolak azfar masuk OT, aku pon kena ikut skali
disebabkan aku pon kena duduk dalam OT tu, aku pon kena tukar baju, Baju Scrub, ala.. yang macam baju cerita omputih tu.. Scrub



I am ready Doc!

aku tabik la kat Azfar
dia rilekkk je dari semalam sampai lah lelap kena bius
siap sengih-sengih kat doktor bagitau 'Azfar tak sabar nih'
aku plak gabra, bukan gabra sebab ape, kang nanti aku plak pengsan dalam OT tu
aku ni mabuk darah... korang paham jelah ye.
hmm. kecoh kan aku nih?

oooo lega aku bila doktor kata aku cuma bleh teman dia masa bius je, pastu aku kena tunggu kat luar
lebih kurang 2 jam gitu, semuanya selesai..  Bius pon da takde, so Azfar pon da sedar.
aku tanya dia.. 'Azfar ok tak?' dia jawab 'Azfar ok je, sikit pon tak nangis'.. ooo Alhamdulillah.. lega aku

Dah selesai. mamai ubat bius lagi tu....


nilah dia tonsil yang dibuang tu.. seketul tu saiznya sebesar ibu jari. ade 2 ketul.



elok je masuk bilik, nurse bagi makan ice-cream, katanya nak bagi luka tu kecut

maka dari tu bermula lah pantang Azfar selama 5 hari
takleh makan makanan panas, makanan keras, kena makan bubur sejuk je.. makan ice-cream je
Bubur hospital dia tak lalu.. jadi aku terpaksa la masak bubur untuk dia.
esoknya dia da bleh keluar.. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, kat rumah Azfar cepat recover, dia pon start sambar makan biskut bagai
muak kot makan buburrr je

Terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan
I love you lah

anisfuad
xoxo