Monday, June 3, 2013

Mari masak : Puding Roti Kayu Manis


weekend ni malas plak aku nak baking.
anak-anak mintak kek pon.. aku bagi je kek Apollo
ok la tu.. kek jugak

tapi ralat plak bila dah cuti-cuti duk rumah tak buat ape-ape kuih
pegi dapur tengok ade roti
*ting.. then puding roti it is

aku ceduk resepi kat Dapur Kak Jee
kali ni aku improvise skit ingredient dia
supaya simple, bahan mudah cari dan semestinya sedap

Bahan-bahan



3/4 buku roti gardenia
2 mug susu segar / low fat / full cream (kalo korang takde susu ni, bancuh je susu anak tu.. sedap jugak)
setengah cawan gula
3 biji telur
setengah sudu kecil serbuk kayu manis
Butter dan kismis ikut suka

Kaedahnya
 
Bancuh susu, kulit kayu, gula dan telur sampai sebati




koyak-koyakkan roti kecik-kecik dan masuk dalam bancuhan
hancur-hancurkan sikit dan biar ianya terendam dalam bancuhan susu tu selama 15 minti (nak bagi kembang)




taburkan kismis dan  butter (ikut suka)
masuk je dalam Magic Pan (kalo korang takde Magic Pan, bakar ke dalam oven, 180 degree selama 15min)
bakar dalam 15 minit.


sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba ye

Anis Fuad
xoxo












No comments:

Post a Comment