Thursday, June 13, 2013

Azfar dan Tonsillectomy

28hb Jun ni, Azfar akan jalani minor operation
Tonsillectomy - pembedahan kecil untuk buang tonsil kat tekak

Memang la minor operation, tapi mak mane sanggup weh izinkan anak operation
Tapi demi kebaikan dia aku redha. (aduss..terlebih emosi la ku nih)

Ingat tak entry nih?
Azfar demam sebab tonsil dia bengkak dan bernanah
masa tu demam asyik duk di takuk 39C to 40C
seminggu jugak lah aku bermastautin kt hospital ni

ENT kata tonsil dia memang jenis bengkak dan besar
kalo keadaan normal pon, tonsil dia memang besar
besar dan senang bengkak pastu demam
memang betul pon, 1-2 bulan sekali dia mesti demam
tonsil dia besar sampai menyempitkan saluran hidung dia
sebab tu dia tido berdengkur, suka bernafas ikut mulut
pastu lately ni plak duk ngadu kat aku sakit kepala, cepat pancit kalo main lasak-lasak
semua gara-gara oksigen yang tak berapa cukup sebab gangguan pernafasan
Lebih kurang ginilah keadaan tonsil Azfar masa tu yang putih-putih tu nanah - Gambar ehsan Google

then aku pon setuju untuk proceed tonsillectomy tu

wooo panjangnye intro
aku sebenarnya bukan nak cerita pasal Azfar
tapi nak cerita pasal Tonsillectomy

Apa itu tonsillectomy?
  • Ianya merupakan satu pembedahan kecil untuk membuang tonsil
  • Lazimnya mengambil masa selama lebih kurang 20minit
  • Pesakit akan dibius (kalo tak bius cemane nak operate?)
Kenapa perlu tonsillectomy?
  • Bila tonsil yang fungsinya untuk sistem imun badan tidak berfungsi dengan baik. Maksudnya tonsil ini sering bengkak dan menyebabkan demam. Pada tahap ini, lazimnya tonsil tu dah kena infection.
  • Bila sukar untuk menelan makanan akibat sempitnya saluran tekak
  • Bila tido sering terganggu sebab pernafasan yang terganggu
  • Tido yang berdengkur
Tempoh recovery biasanya cepat. Kata kawan aku (anaknya pernah buat tonsillectomy), 1-2 hari pon dah recover. Biasanya selesai operation, anak pon da sedar, dia akan bagi ice-cream untuk kecutkan tempat potong tu. Bila balik rumah, 3-4 hari tu kena makan benda lembut-lembut yang senang telan macam bubur.

contoh sebelum tonsillectomy - gambar ehsan google
contoh selepas tonsillectomy - gambar ehsan google

Operation pon tak pakai pisau, kalo tengok kat youtube ni, dia pakai macam laser. Bleeding pon kurang.
Operation ni berisiko rendah. Kalo tak ok, ia akan bleeding, tapi ni jarang berlaku.
Kat bawah ni ade video pasal tonsillectomy. kalo korang jenis lemah semangat, mudah pitam tengok pembedahan, jangan la tengok.Sebab kalo korang pitam, aku takleh nak tolong.


berdebar-debar hati aku nak tunggu tarikh tu
Aku berdoa agar semua dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi
Korang doakan jugak ye.

anis fuad
xoxo

No comments:

Post a Comment