Thursday, June 13, 2013

Azfar dan Tonsillectomy

28hb Jun ni, Azfar akan jalani minor operation
Tonsillectomy - pembedahan kecil untuk buang tonsil kat tekak

Memang la minor operation, tapi mak mane sanggup weh izinkan anak operation
Tapi demi kebaikan dia aku redha. (aduss..terlebih emosi la ku nih)

Ingat tak entry nih?
Azfar demam sebab tonsil dia bengkak dan bernanah
masa tu demam asyik duk di takuk 39C to 40C
seminggu jugak lah aku bermastautin kt hospital ni

ENT kata tonsil dia memang jenis bengkak dan besar
kalo keadaan normal pon, tonsil dia memang besar
besar dan senang bengkak pastu demam
memang betul pon, 1-2 bulan sekali dia mesti demam
tonsil dia besar sampai menyempitkan saluran hidung dia
sebab tu dia tido berdengkur, suka bernafas ikut mulut
pastu lately ni plak duk ngadu kat aku sakit kepala, cepat pancit kalo main lasak-lasak
semua gara-gara oksigen yang tak berapa cukup sebab gangguan pernafasan
Lebih kurang ginilah keadaan tonsil Azfar masa tu yang putih-putih tu nanah - Gambar ehsan Google

then aku pon setuju untuk proceed tonsillectomy tu

wooo panjangnye intro
aku sebenarnya bukan nak cerita pasal Azfar
tapi nak cerita pasal Tonsillectomy

Apa itu tonsillectomy?
  • Ianya merupakan satu pembedahan kecil untuk membuang tonsil
  • Lazimnya mengambil masa selama lebih kurang 20minit
  • Pesakit akan dibius (kalo tak bius cemane nak operate?)
Kenapa perlu tonsillectomy?
  • Bila tonsil yang fungsinya untuk sistem imun badan tidak berfungsi dengan baik. Maksudnya tonsil ini sering bengkak dan menyebabkan demam. Pada tahap ini, lazimnya tonsil tu dah kena infection.
  • Bila sukar untuk menelan makanan akibat sempitnya saluran tekak
  • Bila tido sering terganggu sebab pernafasan yang terganggu
  • Tido yang berdengkur
Tempoh recovery biasanya cepat. Kata kawan aku (anaknya pernah buat tonsillectomy), 1-2 hari pon dah recover. Biasanya selesai operation, anak pon da sedar, dia akan bagi ice-cream untuk kecutkan tempat potong tu. Bila balik rumah, 3-4 hari tu kena makan benda lembut-lembut yang senang telan macam bubur.

contoh sebelum tonsillectomy - gambar ehsan google
contoh selepas tonsillectomy - gambar ehsan google

Operation pon tak pakai pisau, kalo tengok kat youtube ni, dia pakai macam laser. Bleeding pon kurang.
Operation ni berisiko rendah. Kalo tak ok, ia akan bleeding, tapi ni jarang berlaku.
Kat bawah ni ade video pasal tonsillectomy. kalo korang jenis lemah semangat, mudah pitam tengok pembedahan, jangan la tengok.Sebab kalo korang pitam, aku takleh nak tolong.


berdebar-debar hati aku nak tunggu tarikh tu
Aku berdoa agar semua dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi
Korang doakan jugak ye.

anis fuad
xoxo

Monday, June 3, 2013

K-Meal : I'm Korean Today

wah.. gitu tajuk entry
korean sangat la kan...

tetiba tekak aku ni nak makan kimchi
aduss.. sedapnye kalo makan bibimbap
pastu bilas plak dengan air teh beras panas-panas
ooooo nyamannnn.

oo tidak.. ini bukan pengaruh K-pop ye
bukan juge pengaruh isteri Jehan Miskin tu ye (krik...krik...krik... bunyi cengkerik)
dan bukan juge sebab lagu wondergirl yang aku dengar kat radio pagi nih

semua ni sebab aku nak tebus balik kekecewaan aku makan bibimbap kat Dubu-Dubu.
bukan la tak sedap.. mungkin tak kena dengan selera aku kot..

so next k-meal aku ni kat Bulgogi Brothers kat The Curve

hmm bleh tahan la sedapnye
layanan first class. mungkin mase tu tak ramai orang kot

oo lupa nak bagitau ape itu bibimbap
bibimbap ni sejenis hidangan nasi yang mempunyai sayur yang banyak gile
ade small portion untuk daging or chicken
dihidangkan dengan telur mentah.. don't worry telur tu akan masak mase korang duk gaul-gaul nasi tu
da semestinya ditemani dengan kimchi.

hi telur mentah
hidangan sampai.. part ni paling best
banyak giler side dish dia.. bleh refill plak tuh.. owh heaven

set hidangan.. tak nampak plak side dish kat tepi-tepi tu

bibimbap ni dihidang dalam mangkuk batu yang panas giler
jangan la ko memandai nak pegang batu tu.. bleh terbakar kot
nak makannya plak, ko kena gaul semua bahan dalam tu sehingga sebati
pastu makan la sikit-sikit dalam mangkuk yang disediakan
tapi kalo ko rase ko jenis pelahap.. makan je dalam mangkuk besar tu.. no hall je.

waiter yang comel, gigih dia gaul bibimbap aku

tetiba plak black & white.. Motip?


aku suka bibimbap ni sebab dia banyakkkkkk sayur
dari 6 jenis side dish hinggalah 7 jenis sayur dalam mangkuk tu.
owhh heaven.

dah abis makan, minum air teah beras terbakar ni..
rase agak pelik.. tapi aku suke je.
banyak khasiat oo teh nih.. awet muda kot
hahaha ntah la aku blasah je.. tapi ia memang banyak khasiat

oksusu cha.. teh tau, bukan susu
mase mintak bil, tetiba plak makanan comel ni datang
comel je tembikai ni dia potong.

tembikai & belimbing
ooo sangat best...
aku mau repeat lagi next time


anis fuad
xoxo

Mari masak : Puding Roti Kayu Manis


weekend ni malas plak aku nak baking.
anak-anak mintak kek pon.. aku bagi je kek Apollo
ok la tu.. kek jugak

tapi ralat plak bila dah cuti-cuti duk rumah tak buat ape-ape kuih
pegi dapur tengok ade roti
*ting.. then puding roti it is

aku ceduk resepi kat Dapur Kak Jee
kali ni aku improvise skit ingredient dia
supaya simple, bahan mudah cari dan semestinya sedap

Bahan-bahan



3/4 buku roti gardenia
2 mug susu segar / low fat / full cream (kalo korang takde susu ni, bancuh je susu anak tu.. sedap jugak)
setengah cawan gula
3 biji telur
setengah sudu kecil serbuk kayu manis
Butter dan kismis ikut suka

Kaedahnya
 
Bancuh susu, kulit kayu, gula dan telur sampai sebati




koyak-koyakkan roti kecik-kecik dan masuk dalam bancuhan
hancur-hancurkan sikit dan biar ianya terendam dalam bancuhan susu tu selama 15 minti (nak bagi kembang)




taburkan kismis dan  butter (ikut suka)
masuk je dalam Magic Pan (kalo korang takde Magic Pan, bakar ke dalam oven, 180 degree selama 15min)
bakar dalam 15 minit.


sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba ye

Anis Fuad
xoxo