Monday, May 20, 2013

Mari Masak : Super Sedap Ikan Pekasam



Assalamualaikum
hari tu aku post masak kari kepala ikan,
ni aku nak post masak ikan pekasam
yang super sedap tak hancur.. maintainnn je

sebnarnya takdela hebat sangat pon
ikan pekasam, masak cemane pon, tu jelah rasanya

tapi aku ade petua cemane korang nak goreng ikan ni garing dan tak hancur
biasanya goreng ikan ni mesti hancurkan, end up makan ikan dengan minyaknya sekali

petuanya , korang salut ikan tu dengan tepung jagung.
alang-alang aku bagitau petua, meh aku bagitau resepinya

ikan pekasam 4 ekor
bawang besar sebiji dimayang
cili pada segenggam dipotong
setengah biji tomato didadu
tepung jagug untuk menyalut

kaedahnya
  1. bilas ikan tu dengan air.. bagi bersih sikit
  2. pastu lap-lap bagi lembap, golek-golekkan dengan tepung jagung
  3. panaskan minyak, goreng ikan tadi sampai garing
  4. angkat ikan tersebut, ketepikan
  5. pastu dengan minyak yang sama, goreng bawang dan cili pada sampai agak-agak layu sikit
  6. angkat bawang dan cili, tabur je atas ikan tu
  7. tomato dadu pon taburkan sekali
meh layan gambar untuk lebih jelas










anisfuad
xoxo

No comments:

Post a Comment