Saturday, May 18, 2013

Mari Masak :Kari Kepala Ikan


Hari ni aku rajin skit. Masak heavy jugak untuk lunch weekend ini..... Kari kepala ikan.

Baru sat aku post kat instagram aku gambar ni. Dah janji nak bagi resepi kan.. Nah... Layan

Seketul kepala ikan merah
1 biji bawang merah besar dimayang
5 ulas bawang merah kecik tumbuk
3 ulas bawang putih tumbuk
1/2 inci halia tumbuk
Sesudu teh halba campur
Sepaket serbuk kari babas
Sesudu besar serbuk cili babas
Setangkai daun kari
Sesudu besar asam jawa adabi
Santan setengah biji kelapa

Kaedahnya
Memula tumis dulu halba tu. agak-agak da naik bau, masuk je bawang dan segala bahan tumbuk tu. masak sampai bawang tu nampak layu
Pastu sesambil tu, campur serbuk kari and serbuk cili and air, jadikan paste
Bila bawang tu da layu.. Masuklah paste kari tu dan daun kari. Masak sampai bahan-bahan tu garing.
Dah garing tu masuklah santan dan air secukupnya. Jangan banyak, nanti cair. Kalo cair takde la jadi kari, jadi sup plak.
Kalo yang mana suka sayur tu, masuklah bendi dan tomato.
Masaklah, agak agak ikan da masak, kuah da pekat maknanya da ready la kari tu.
Angkat dan hidang

Korang jangan gelak tgk balang kari aku tu. sengaja labelkan, taknak bagi konpius.

Nilah halba campur ye puan puan







Dah... Siap sudah. Senang je kan? Hah esok gi pasar, beli kepala ikan, masakkkk

Anisfuad
Xoxo

No comments:

Post a Comment