Tuesday, May 7, 2013

Donperidone

Susu aku dah start masuk fasa merudum
da sebulan dah.. stress aku
ntah ape sebab, aku pon tak tau.. semuanya ketentuan Allah.
semua cara aku dah cuba, buntu. sampai lah aku pegi klinik
then doktor bagi aku.. ubat donperidone.
katanya selamat tapi takleh amik slalu.

so esoknya aku makan la ikut arahan doktor tu sebiji tiga kali sehari.
lepas tu.. kepala aku pusing-pusing
pening, sakit yang amat... aku takleh tahan
kat opis aku takleh nak keje
sampai aku mintak rest kejap ngan bos aku.. gile macam nak pecah kepala
pastu member aku cakap mungkin sebab aku makan ubat tuh...
ntah la... lagipon aku ni memang senang kena migrain.

tapi memang susu aku jadi banyak.. sekali pam terus dapat 2 botol

nasihat aku kalo sesape nak makan ubat nih, better try dulu,
kalo ok, takde kesan.. barulah leh proceed.

Hasil google aku pasal donperidone ni, ramainya menggunakannya sebagai milk booster walaupon ia sebenarnya untuk sakit gastrik. kalo untuk milk booster, ia berfungsi dengan meningkatkan hormon prolactin dan seterusnya meransang pengeluaran susu yang banyak.

bleh baca article kat sini dan sini.

kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal.. Allah sahaja yang menentukan.

gambar ehsan Google


anisfuad
xoxo

No comments:

Post a Comment