Wednesday, May 29, 2013

Do you love gardening?

aku suke gak berkebun nih,
nak-nak tanam benda-benda yang bleh dimakan
macam cili api, pandan, serai, limau purut, sireh dan banyak lagi lah.

kat umah aku ade pokok serai, pandan, cili api, daun kari,serai, kunyit, dan halia
takde la banyak mane pon
ate rumah aku tanah kecik je.
duk kat klang valley ni, dengan kos hidup yang tinggi
mane la mampu nak beli rumah yang ade tanah besar yang bleh berkebun.
yang ade ni pon da syukur sangat dah
takleh complaint banyak-banyak, ni rezeki Allah yang bagi
Jangan la sombong dengan pemberian Allah ni.

aku nasib baik, sebab bibik aku pon suka gardening
so rajin jugak la dia belek-belek pokok-pokok tu

ade satu blog ni, aku memang suke betul singgah
hari-hari singgah
macam-macam pokok dia tanam dan semuanya edible.
tenang je tgk tanaman dan tuaian dia
Semua menjadi...

p/s: klo aku menanam kat padang depan rumah aku tu aci tak? heheheh

Anisfuad
xoxo

Monday, May 20, 2013

Mari Masak : Super Sedap Ikan Pekasam



Assalamualaikum
hari tu aku post masak kari kepala ikan,
ni aku nak post masak ikan pekasam
yang super sedap tak hancur.. maintainnn je

sebnarnya takdela hebat sangat pon
ikan pekasam, masak cemane pon, tu jelah rasanya

tapi aku ade petua cemane korang nak goreng ikan ni garing dan tak hancur
biasanya goreng ikan ni mesti hancurkan, end up makan ikan dengan minyaknya sekali

petuanya , korang salut ikan tu dengan tepung jagung.
alang-alang aku bagitau petua, meh aku bagitau resepinya

ikan pekasam 4 ekor
bawang besar sebiji dimayang
cili pada segenggam dipotong
setengah biji tomato didadu
tepung jagug untuk menyalut

kaedahnya
  1. bilas ikan tu dengan air.. bagi bersih sikit
  2. pastu lap-lap bagi lembap, golek-golekkan dengan tepung jagung
  3. panaskan minyak, goreng ikan tadi sampai garing
  4. angkat ikan tersebut, ketepikan
  5. pastu dengan minyak yang sama, goreng bawang dan cili pada sampai agak-agak layu sikit
  6. angkat bawang dan cili, tabur je atas ikan tu
  7. tomato dadu pon taburkan sekali
meh layan gambar untuk lebih jelas










anisfuad
xoxo

Throwback projek menjahit

semalam kemas tempat jahit
hari ni nak throwback projek jahit aku yang dulu-dulu
ini pon yan mane sempat aku snap gambar je

dulu aku amik order gak dari kekawan and family
aku banyak buat crafting dari jahit baju
jahit baju ni leceh la.. nak main kain panjang-panjang nak jahit
jadi, aku slalunya jahit beg
handmade bag la

antara projek aku







ni antara yang sempat aku snap gambar
yang tak sempat tu kebanyakkan aku lupa nak snap
da hantar kat kastemer, baru teringat

kain-kain banyak lagi yang tak berusik.
aku nak jahit lagi lah

Sunday, May 19, 2013

Kemas sudah

Hehehe ramai yang tak tau sebenarnya salah satu hobby aku is menjahit
Aku minat jugak la menjahit
Tapi malas... Bleh?
Dulu rajin jugakla menjahit itu ini,
Jahit beg, jahit baju anak,
Jahit baju sendiri
Baju raya satu family aku yang jahit
Takdelah cantik mane pon jahitan
Setakat pakai sendiri tu bleh la

Last aku menjahit mase aku pregnant Azeem
Pastu aku stop lamaaaaaa kot
Rase dalam dekat setahun da nih aku stop
Malasss kot.

Tapi bila menung-menung balik
Karang rosak mesin mesin sebab lama tak guna
Karang tak pasal-pasal kena repair bagai

Jadi hari ini inisiatif aku yang pertama
Mengemas ruang jahit tu
Bila da kemas baru la ade semangat sikit harapnya

Nilah hasil-hasilnya
Gambar selepas je ye
Aku lupa nak amik gambar sebelum
Hahahahah




Ruang kecik untuk menjahit

kain-kain bersusun.. tapi seme semeter semeter je.

harapan da kemas ni.. datang semula semangat aku



anisfuad
xoxo

Saturday, May 18, 2013

Mari Masak :Kari Kepala Ikan


Hari ni aku rajin skit. Masak heavy jugak untuk lunch weekend ini..... Kari kepala ikan.

Baru sat aku post kat instagram aku gambar ni. Dah janji nak bagi resepi kan.. Nah... Layan

Seketul kepala ikan merah
1 biji bawang merah besar dimayang
5 ulas bawang merah kecik tumbuk
3 ulas bawang putih tumbuk
1/2 inci halia tumbuk
Sesudu teh halba campur
Sepaket serbuk kari babas
Sesudu besar serbuk cili babas
Setangkai daun kari
Sesudu besar asam jawa adabi
Santan setengah biji kelapa

Kaedahnya
Memula tumis dulu halba tu. agak-agak da naik bau, masuk je bawang dan segala bahan tumbuk tu. masak sampai bawang tu nampak layu
Pastu sesambil tu, campur serbuk kari and serbuk cili and air, jadikan paste
Bila bawang tu da layu.. Masuklah paste kari tu dan daun kari. Masak sampai bahan-bahan tu garing.
Dah garing tu masuklah santan dan air secukupnya. Jangan banyak, nanti cair. Kalo cair takde la jadi kari, jadi sup plak.
Kalo yang mana suka sayur tu, masuklah bendi dan tomato.
Masaklah, agak agak ikan da masak, kuah da pekat maknanya da ready la kari tu.
Angkat dan hidang

Korang jangan gelak tgk balang kari aku tu. sengaja labelkan, taknak bagi konpius.

Nilah halba campur ye puan puan







Dah... Siap sudah. Senang je kan? Hah esok gi pasar, beli kepala ikan, masakkkk

Anisfuad
Xoxo

Thursday, May 9, 2013

Mari Masak Fish and Chips

Petang semalam pegi beli shopping barang dapur kat Jaya Grocer.
Bila shopping dengan perut lapar.. jawabnye troli penuh barang la
dari asal nak beli bawang, kicap & sos.. terus beli macam-macam sampai penuh troli.
adoii.. kempis purse aku semalam.

bila da sampai rumah.. perut start menyanyi lagu sumbang
nak makan nasi.. hadoiii macam berat sangat
tanya anak-anak.. seme nak makan fish and chips.
then fish and chips la dinner kami semalam

nak buatnye senang je
takde la remehnye pon

bahan-bahannya
3 keping ikan dory yang frozen tu - ape-ape ikan pon boleh.. tenggiri pon boleh kot. hahahah
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh cuka makan
1 cawan air sejuk - rahsia kalo korang nak kulit yang crunchy cam tempura tuh
garam dan lada sulah/hitam secukup rasa

kaedahnya
campur je semua bahan tersebut, celup ikan dan goreng.. senang kan?

pastu untukk side dishnye.. korang goreng la fries and buat la skit salad (aku tak buat salad sebab malas.. aku ratah timun and tomato je)






Tuesday, May 7, 2013

Donperidone

Susu aku dah start masuk fasa merudum
da sebulan dah.. stress aku
ntah ape sebab, aku pon tak tau.. semuanya ketentuan Allah.
semua cara aku dah cuba, buntu. sampai lah aku pegi klinik
then doktor bagi aku.. ubat donperidone.
katanya selamat tapi takleh amik slalu.

so esoknya aku makan la ikut arahan doktor tu sebiji tiga kali sehari.
lepas tu.. kepala aku pusing-pusing
pening, sakit yang amat... aku takleh tahan
kat opis aku takleh nak keje
sampai aku mintak rest kejap ngan bos aku.. gile macam nak pecah kepala
pastu member aku cakap mungkin sebab aku makan ubat tuh...
ntah la... lagipon aku ni memang senang kena migrain.

tapi memang susu aku jadi banyak.. sekali pam terus dapat 2 botol

nasihat aku kalo sesape nak makan ubat nih, better try dulu,
kalo ok, takde kesan.. barulah leh proceed.

Hasil google aku pasal donperidone ni, ramainya menggunakannya sebagai milk booster walaupon ia sebenarnya untuk sakit gastrik. kalo untuk milk booster, ia berfungsi dengan meningkatkan hormon prolactin dan seterusnya meransang pengeluaran susu yang banyak.

bleh baca article kat sini dan sini.

kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal.. Allah sahaja yang menentukan.

gambar ehsan Google


anisfuad
xoxo

Makan place : Tong Pak Fu

Assalamualaikum
Huishh sekarang ni isu pilihanraya tengah hot
Keputusan dah ada, suka tak suka, kita redha je lah

Aku taknak cite pasal pilihanraya kat sini ye. Aku nak cite pasal satu tempat makan best kat KLCC. Tempat makan dessert. Uhhhh heaven

Hari tu aku ke KLCC teman member jupe suami dia. Da makan makan kat food court, tetiba craving for dessert. Lantas suaminya ajak kami pegi makan kat Tong Pak Fu. Aku ok jeee

Kami order ice cream durian. Aku lupa la ape name dia. Dia macam ice block perisa durian yang di shave macam snow berlapis-lapis dan dihiasi dengan jeli-jeli gembira dikelilingnya. Why i call it jeli gembira? Sebab aku happy bila gigit jeli tu. ia meletup pop dalam mulut. Sampai skrang aku wonder cemane dia buat jeli tuh?

Kat sini pon ade teh bunga yang cantik gile. Letak plak dlm gelas camtu, macam air dalam pasu bunga plak aku tengok.

eskrem doyan.. yang meletup tu yang macam telur ikan tuh


bubur pulut hitam.. signature dish kat sini


air teh pasu bunga. hahahaha


kononnya

Thursday, May 2, 2013

korang rase tak macam aku rase?

stress tengok orang makan sedap-sedap
have their high calories food with their favourite high calories drink without feeling guilty
especially orang yang kurus-kurus ni.
sometimes wondering jugak.. mane korang stor makanan yang banyak-banyak korang makan tu?
kalo aku.. makan banyak sikit je.. takyah lama la.. bagi je aku belasah makan tak hengat seminggu, sure 2-3 kilo naik. tapi bila nak turun 2-3 kilo, 2-3 bulan pon belom tentu lagi.
oooo sakit hati!

penah tak rase camni?


Social Network


Haluuuu.. morning
Minggu lepas-lepas-lepas.. family aku pegi Istanbul dan umrah
semua pegi, ayah, ma, abang, kakak ipar, 2-2 adik perempuan, 2-2 adik lelaki.
ramaiiiii 8 orang kot.
tapi sedih, aku dan kakak aku tak ikot sebab masing-masing ade hal yang perlu disettlekan
tapi takpe... kami pon da pegi da umrah tahun lepas.

aku bukan nak cite umrah dorang, aku nak cite pasal kemudahan teknologi terkini
aku sebenarnya memang suka dengan social network apps ni.
aku ade hampir semua kot, facebook, instagram, keek, twitter, whatsapp, skype, wechat. hahahaha

mase family aku kat sana, aku memang kerap contact dorang
tapi aku tak pakai line telepon la... mahalllll kot
aku pakai internet jeee.. hahahah
aku slalu guna app wechat untuk berhubung dengan dorang
rindu dorang je.. video call. Lagi best sebab bleh tengok muka dorang

tapi yang susahnye.. kena tunggu time dorang siang baru bleh call. kekadang tu kul 12.00 tengah malam.
kalo call pagi waktu kita, mau kena maki sebab kaco dorang tido... huhuhuhu


Ha ni yang best, aku dapat ole-ole paling best dari Istanbul.

ni lah Turkish Delight yang betul. Dulu aku pegi Istanbul, aku terbeli yang kurang betul.. jeli je lebih, kacang ciput.


Ape-ape pon aku bersyukur sebab dorang selamat pegi dan balik. I love my family.