Wednesday, April 3, 2013

Tips Berjaya Dalam Penyusuan Susu Ibu

bak pata pepatah
dimana ada kemahuan, disitu ada jalan
nak seribu daya, tak nak seribu dalih

kali ni aku terdetik nak buat entry ni
ni semua gara-gara bersembang dengan seorang kenalan
dia ada anak yang berusia 3 bulan kot
masa saya jumpa dia, baby tu tengah feeding.. formula milk

aku dengan sopannya tanya
"kenapa tak bagi susu ibu?"
dia jawab "ish, taknak lah.. leceh kot, nak masuk keje nanti payahlah nak pump,lagipon susu aku tak banyak"
aku.. "oooo ok". aku sebenarnya malas nak cakap banyak, malas nak panjang cerita. aku tau dia tau kehebatan susu ibu, it is only dia sendiri yang taknak.. takpelah.. itu hak dia. Malas nak campur.

untuk berjaya dalam ape-ape pon, kita kena usaha
kita usaha.. kita doa.. dan kita tawakkal.

kat sini aku nak share beberapa tips untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu khusunya ibu-ibu yang berkerjaya dan 70% bergantung kepada pam macam aku

Bertenang
Bila kita nak start pump, setkan minda kita kepada mode 'tenang'. tenang makna kat sini is kita bebas dari sebarang gangguan semasa kita mengepam. carilah bilik yang senyap dan aman. fizikal kita pon masa ni pon kena gak tenang, kalo terasa cam nak gi toilet, gi toilet dulu. kalo masa tu tengah buat keje opis, stop kejap (itu pon kalo agak-agak keje opis tu menyetresskan kita). bila kita tenang, let down reflect memang mudah datang

Kerapkan sesi Mengepam
ha, ini penting, sesi kena kerap. kalau mampu setiap 2 jam sekali. kalau tak mampu, buat 3 jam or 4 jam sekala. yang penting jangan melebihi 4 jam. time lunch hour tu buatlah power pumping. ini bertujuan untuk melatih breast kita untuk sentiasa menghasilkan susu. bila breast kosong, ia akan hantar signal untuk menghasilkan lebih banyak susu. lagi kerap breast kosong, lagi banyak susu dihasilkan.bila kita latih camtu, breast kita menghasilkan susu dalam tempoh yang singkat berbanding kita pam bila breast dah lama overload.

Direct Feeding bila dirumah
bila kita di rumah, adalah digalakkan untuk direct feeding baby kita. stimulasi original juga penting dalam penghasilan susu yang banyak. pastikan baby kita tak disusukan satu jam sebelum kita pulang kerja. bagitau babysitter dan seumpamaya untuk tidak menyusukan anak anda sejam sebelum anda balik. ni nak pastikan dia tidak terlalu kenyang dan agak lapar dan nak menyusu sejurus kita amik dia. kalau kita kat rumah pon, jangan mengada-ngada nak bagi ebm. bagi je direct. ebm tu bleh simpan untuk hari bekerja.

Minum Air
kita kena banyak minum air. air ni air putih ye, bukan air twister sedap tu, bukan air 100 plus, bukan air teh/kopi. nak minum air lain boleh, tapi air putih kena lebih. nak tau kenapa? sebab, badan kita hilang 1.5 hingga 2.8 liter air sehari, air ni penting untuk pastikan kita sentiasa terhidrat. kita perlukan air yang cukup supaya badan kita bekerja dengan baik. nak-nak ibu yang menyusu yang banyak membakar kalori.

Tak-Nak Rokok
tak perlu penjelasan panjang lebar kat sini. rokok tu memang benda yang paling tak elok untuk kesihatan. letaklah ape-benda pon, dah memang rokok ni tak bagus. Katakan tidak pada Rokok!

Jaga diri Sendiri Baik-baik
Kena ingat, ibu menyusu perlu kesihatan yang bagus.jaga kesihatan. sebab kalau kita jatuh sakit, mesti susu kita drop. nutrien dalam susu pon tak berapa umph. oleh itu, makanlah makanan seimbang. benda-benda yang memudaratkan kesihatan, tinggalkanlah. kalau ade supplement, makan supplement. tapi make sure supplement tu tak menggangu quality dan quantity susu ye.

akhir sekali.. JANGAN PUTUS ASA. kalau sesekali susu anda drop, tak bermakna drop selamanya. bak kata pepatah. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Air yang tenang tu susu banyak, buaya tu susu drop.. hahaha boleh perumpamaan camtu? Main belasah je aku ni.. Janji paham konsep.

kalau ade sesiapa nak betulkan pepatah, dipersilakan ye.. hehehe

anisfuad
xoxo


1 comment: