Tuesday, April 16, 2013

Puting melecet

Adoi.. pedih kot bila kena nih

actually, aku pon penah kena
ooo menangis kot bila time nak menyusu atau pump
uuuu ngeri, mcm give up sangat

slalunya, aku tak kena masa dalam pantang yang mana baby melekapppp je
aku kena bila start keje dan pumping

penah dulu mase pump untuk Athirah, tetiba kuar darah
cuak ko.."Alamak! aku kena kanser ke?" hahahah bleh?
then aku google & susuibu,
rupa-rupanya puting aku luka

meh aku nak share skit pasal puting melecet ni, based on my experience

ape punca sebenar puting melecet nih? ini bagi kes pump je ye.

sedutan pump kuat sangat
Perlu diingatkan, tahap kuatnya sedutan pump adalah tidak menjamin susu untuk kuar banyak. power tu kena ikut keselesaan kita, kalo kita selesa sedutan yang manja-manja, then kita guna je setting manja-manja. kalo kita selesa yang kuat skit, then kita guna setting kuat sikit. tapi perlu diingatkan, sedutan tu jangan kuat sangat sampai menyakitkan kita. sedutan yang kuat hanya akan merosakkan tisu puting dan menyebabkannya melecet.

pump lama sangat
hah.. ni aku slalu buat. Memang menyebabkan puting aku melecet. teorinya bila kita pump lama, puting kita akan berada dalam keadaan lembap dan basah yang mana memudahkannya untuk melecet, nak-nak pulak duk pump tak berenti . Tak dinasihatkan untuk pump lama sangat. cukup sekadar 10 hingga 15min per session. power pumping pon cuma 10min per session kan.

dah tau puncanya, cemane plak nak ubat puting melecet nih?

kalo cara traditional, lepas menyusu tu sapu je susu tu kat keliling puting, aku tak penah buat, tapi aku tengok review, banyak yang cakap petua  ni menjadi.

kalo cara moden, beli je nipple cream yang banyak jual kat farmasi dan kedai barang baby, contoh macam medela lansinol cream, earth mama natural nipple butter, bepanthen cream dan lain-lain lagi. aku pakai earth mama tu, sebab jimat, pakai sikit je. lagipon dia dalam botol bukan dalam tiub yang slalu bocor dan mengotorkan beg aku. hehehehe

cara pakainya.. sapu je kat keliling puting setiap kali lepas pump or menyusu. kalo baby nak menyusu, takyah sapu cream tu dulu, terus je bagi. Ia selamat untuk ditelan.

 

sekian sahaja informasi hari ini.

anisfuad
xoxo

No comments:

Post a Comment