Tuesday, April 30, 2013

Wondermilk

hari tu pegi wondermilk. Buat small farewell lunch kat office mate yang akan bertukar ke tempat lain. Cakaplah aku jakun ke ape.. ni first time aku pegi. hehehe. Aku pegi kat Publica, Jalan Duta tu.. dekat je ngan opis aku.

Wondermilk ni budak yang nak tranfer tu pilih. Aku mati-mati taknak sebab.. gile ape makan cupcake time lunch. Tapi dia tarik gak tangan aku. Nasib baik aku nak raikan ko, maka aku ikotkan je.

Aku duk ingatkan Wondermilk ni jual cupcake je.. rupenye banyak lagi menu lain. perut da lapa, aku order je Ultimate Burger tuh ngan minuman yang tak matching langsung... ice mocha. Lantaklah.. sebab hari tu aku tak minum kopi lagi.. huru-hara.
ultimate burger with ice mocha
Burgernya memang best, pattynya lembut dan juicy. Memang nampak cam kecik je portionnya, tapi kenyang sampai malam kot. Burger ni sarat sangat... ade patty yang setebal 1 inci, ade bacon goreng kat atas tu, tengok gambar pon da tau sarat kan.. nsampai nak tutup pon tak lepas. Salad dia ok la, segar dengan dressing yang ringan. aku bleh bagi set burger ni 4/5 bintang... tapi patty dia aku bagi 5/5 bintang, heheheh

Wondermilk ni memang asalnya jual cupcake. cupcake dia sedap-sedap kot. jauh beza ngan cup cake kat tempat lain. Bila ko makan cupcake dia tu, rasa macam ohh sungguh ikhlas hati pembuat cake ni. Icingnya yang sangat best tak macam kedai lain yang banyak cream dan memuakkan. Makan sebiji, nak berbiji-biji.

Deretan cupcake yang mengganggu diet aku

Jualannya tak terhad pada cupcake aje, dia jual gak cookies, kudap-kudapan ringan. tapi presentationnya amat menarik, semua letak dalam jar and oooohhhh sunnguh comel sampai ko rase macam nak beli untuk hiasan. Ade tat nenas, ade chocolate cookies, ade biskut makmur dan lain-lain lagi

Comel je kan?

Deko kedai ni pon menarik, tapi sayang aku tak amik gambar. Dah dapat makan, terus lupe. takpelah, layan je lah pic last ni. Pic kami yang kekeyangan

Mek rock tu la yang kena tukar opis

Overall aku bagi 4/5 bintang kot kat restoran ni. Sape-sape yang rasa nak pegi ke restoran ni, bleh la pegi kat branch dia di Publica, Citta Mall dan Damansara Utama. Untuk maklumat lanjut, layari web Wondermilk Cafe.

anisfuad
xoxo

Tuesday, April 16, 2013

Puting melecet

Adoi.. pedih kot bila kena nih

actually, aku pon penah kena
ooo menangis kot bila time nak menyusu atau pump
uuuu ngeri, mcm give up sangat

slalunya, aku tak kena masa dalam pantang yang mana baby melekapppp je
aku kena bila start keje dan pumping

penah dulu mase pump untuk Athirah, tetiba kuar darah
cuak ko.."Alamak! aku kena kanser ke?" hahahah bleh?
then aku google & susuibu,
rupa-rupanya puting aku luka

meh aku nak share skit pasal puting melecet ni, based on my experience

ape punca sebenar puting melecet nih? ini bagi kes pump je ye.

sedutan pump kuat sangat
Perlu diingatkan, tahap kuatnya sedutan pump adalah tidak menjamin susu untuk kuar banyak. power tu kena ikut keselesaan kita, kalo kita selesa sedutan yang manja-manja, then kita guna je setting manja-manja. kalo kita selesa yang kuat skit, then kita guna setting kuat sikit. tapi perlu diingatkan, sedutan tu jangan kuat sangat sampai menyakitkan kita. sedutan yang kuat hanya akan merosakkan tisu puting dan menyebabkannya melecet.

pump lama sangat
hah.. ni aku slalu buat. Memang menyebabkan puting aku melecet. teorinya bila kita pump lama, puting kita akan berada dalam keadaan lembap dan basah yang mana memudahkannya untuk melecet, nak-nak pulak duk pump tak berenti . Tak dinasihatkan untuk pump lama sangat. cukup sekadar 10 hingga 15min per session. power pumping pon cuma 10min per session kan.

dah tau puncanya, cemane plak nak ubat puting melecet nih?

kalo cara traditional, lepas menyusu tu sapu je susu tu kat keliling puting, aku tak penah buat, tapi aku tengok review, banyak yang cakap petua  ni menjadi.

kalo cara moden, beli je nipple cream yang banyak jual kat farmasi dan kedai barang baby, contoh macam medela lansinol cream, earth mama natural nipple butter, bepanthen cream dan lain-lain lagi. aku pakai earth mama tu, sebab jimat, pakai sikit je. lagipon dia dalam botol bukan dalam tiub yang slalu bocor dan mengotorkan beg aku. hehehehe

cara pakainya.. sapu je kat keliling puting setiap kali lepas pump or menyusu. kalo baby nak menyusu, takyah sapu cream tu dulu, terus je bagi. Ia selamat untuk ditelan.

 

sekian sahaja informasi hari ini.

anisfuad
xoxo

Semua tak ok!

Assalamualaikum

menyepi je aku seminggu lebih ni ye
bukan ape
last week anak-anak aku tak sihat
Si Azfar dengan high fever sebab tonsil
Si Azeem kecik tu dengan high fever sebab virus

hadoi.. last week seminggu aku berkampung kat wad
sape-sape yang follow instagram aku mesti nampak gambar-gambar
anak-anak aku yang muke seposen tak sihat tuh

Azfar high fever sebab tonsil
hari sabtu petang da nampak tanda-tanda demam
malam tu terus naik 40C
mau tak cuak aku, masuk ubat punggung
pagi esok gi cek kat spital, tonsil dia da bengkak merah menyala
doktor suh masuk ward

esoknya plak adiknya Azeem
aku cam pelik dia demam dan baik-baik
memula tu duk main temperature 37.7 suam-suam gitu
aku pon takat pegi klinik pediatric je, doktor pon kata ok takde ape-ape 
sekali malam abang dia masuk spital, dia pon naik 40C jugak
saje je nak join abang dia kat spital

esoknya bawak dia pegi hospital
sekali diagnose, sakit mata, acute bronchitis dan demam panas
masa ni aku sedikit angin dengan doktor pediatric yang aku slalu pegi tuh
yelah kot, sejak si Azeem ni sakit, aku da dua kali pegi klinik dia
aku cakap anak aku mcm ade kahak, mata macam tak sihat
dia cek-cek, katanya. "lung very clear, mata sebab selsema"
WTFish? aku bleh terimalah kalo yang cakap macam ni doktor biasa
ni Pakar Kanak-Kanak kot!

jadi akhirnya hero-hero aku masuk wad.
duk bilik double bed
aku kat spital plak bahagia
makan 4 kali sehari
sekali makan, 2 meals, azfar punya, azeem punya
jadi total makan sehari 8 meals
orang sakit mane ade selera
jadi.. aku taknak membazir
aku makanla 2-2
hehehehe

anisfuad
xoxo

Wednesday, April 3, 2013

Lose Weight dan Ibu Menyusu

Assalamualaikum

hari ni nak letak topic yang informative skit
topic pasal hubungkait ibu menyusu dan kurus

lets lose weight


tahukah anda, seorang ibu menyusu menghasilkan purata 25oz hingga 30oz susu sehari
penghasilan susu ini melibatkan pembakaran kalori sebanyak 500 kalori
nak tahu banyak mana 500 kalori tu?
.
2 jam aerobics
2 jam berbasikal
1 1/2 jam jogging

1 1/2 jam berenang

1 jam lompat tali


Subhanallah, hebat kuasa Allah ni
itu sebab ibu yang menyusu senang turun berat badan
kajian menunjukkan purata penurunan berat badan bagi ibu yang menyusu adalah sebanyak 0.5kg hingga 1kg sebulan.
Bagi saya ni ganjaran yang Allah bagi bagi ibu menyusu

satu lagi kelebihan menyusu.

anisfuad
xoxo

Tips Berjaya Dalam Penyusuan Susu Ibu

bak pata pepatah
dimana ada kemahuan, disitu ada jalan
nak seribu daya, tak nak seribu dalih

kali ni aku terdetik nak buat entry ni
ni semua gara-gara bersembang dengan seorang kenalan
dia ada anak yang berusia 3 bulan kot
masa saya jumpa dia, baby tu tengah feeding.. formula milk

aku dengan sopannya tanya
"kenapa tak bagi susu ibu?"
dia jawab "ish, taknak lah.. leceh kot, nak masuk keje nanti payahlah nak pump,lagipon susu aku tak banyak"
aku.. "oooo ok". aku sebenarnya malas nak cakap banyak, malas nak panjang cerita. aku tau dia tau kehebatan susu ibu, it is only dia sendiri yang taknak.. takpelah.. itu hak dia. Malas nak campur.

untuk berjaya dalam ape-ape pon, kita kena usaha
kita usaha.. kita doa.. dan kita tawakkal.

kat sini aku nak share beberapa tips untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu khusunya ibu-ibu yang berkerjaya dan 70% bergantung kepada pam macam aku

Bertenang
Bila kita nak start pump, setkan minda kita kepada mode 'tenang'. tenang makna kat sini is kita bebas dari sebarang gangguan semasa kita mengepam. carilah bilik yang senyap dan aman. fizikal kita pon masa ni pon kena gak tenang, kalo terasa cam nak gi toilet, gi toilet dulu. kalo masa tu tengah buat keje opis, stop kejap (itu pon kalo agak-agak keje opis tu menyetresskan kita). bila kita tenang, let down reflect memang mudah datang

Kerapkan sesi Mengepam
ha, ini penting, sesi kena kerap. kalau mampu setiap 2 jam sekali. kalau tak mampu, buat 3 jam or 4 jam sekala. yang penting jangan melebihi 4 jam. time lunch hour tu buatlah power pumping. ini bertujuan untuk melatih breast kita untuk sentiasa menghasilkan susu. bila breast kosong, ia akan hantar signal untuk menghasilkan lebih banyak susu. lagi kerap breast kosong, lagi banyak susu dihasilkan.bila kita latih camtu, breast kita menghasilkan susu dalam tempoh yang singkat berbanding kita pam bila breast dah lama overload.

Direct Feeding bila dirumah
bila kita di rumah, adalah digalakkan untuk direct feeding baby kita. stimulasi original juga penting dalam penghasilan susu yang banyak. pastikan baby kita tak disusukan satu jam sebelum kita pulang kerja. bagitau babysitter dan seumpamaya untuk tidak menyusukan anak anda sejam sebelum anda balik. ni nak pastikan dia tidak terlalu kenyang dan agak lapar dan nak menyusu sejurus kita amik dia. kalau kita kat rumah pon, jangan mengada-ngada nak bagi ebm. bagi je direct. ebm tu bleh simpan untuk hari bekerja.

Minum Air
kita kena banyak minum air. air ni air putih ye, bukan air twister sedap tu, bukan air 100 plus, bukan air teh/kopi. nak minum air lain boleh, tapi air putih kena lebih. nak tau kenapa? sebab, badan kita hilang 1.5 hingga 2.8 liter air sehari, air ni penting untuk pastikan kita sentiasa terhidrat. kita perlukan air yang cukup supaya badan kita bekerja dengan baik. nak-nak ibu yang menyusu yang banyak membakar kalori.

Tak-Nak Rokok
tak perlu penjelasan panjang lebar kat sini. rokok tu memang benda yang paling tak elok untuk kesihatan. letaklah ape-benda pon, dah memang rokok ni tak bagus. Katakan tidak pada Rokok!

Jaga diri Sendiri Baik-baik
Kena ingat, ibu menyusu perlu kesihatan yang bagus.jaga kesihatan. sebab kalau kita jatuh sakit, mesti susu kita drop. nutrien dalam susu pon tak berapa umph. oleh itu, makanlah makanan seimbang. benda-benda yang memudaratkan kesihatan, tinggalkanlah. kalau ade supplement, makan supplement. tapi make sure supplement tu tak menggangu quality dan quantity susu ye.

akhir sekali.. JANGAN PUTUS ASA. kalau sesekali susu anda drop, tak bermakna drop selamanya. bak kata pepatah. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Air yang tenang tu susu banyak, buaya tu susu drop.. hahaha boleh perumpamaan camtu? Main belasah je aku ni.. Janji paham konsep.

kalau ade sesiapa nak betulkan pepatah, dipersilakan ye.. hehehe

anisfuad
xoxo


Tuesday, April 2, 2013

Sungguh Oren

Hari jumaat lepas
kuar lunch ngan mek bata merah ni
makan nasi daun pisang kat Nirwana Maju
memang situ yang terbaik

Nirwana Maju, opposite Bangsar Village

Muka lapar tunggu nasi

yeay.. ko tengok mek bata merah tu.. tak sesabar. hehehe.

tak penah aku tengok restoran ni lengang.. manjang beratur je

Lepas makan, kononnye taknak la duduk lepak besarkan punggung
jalan-jalan la kekonon exercise la kat Bangsar Village tu
singgah Kitchen Shop tengok idaman hati Mixer Kitchen Aid
tapi masa ni takdelah eager mane nak beli pon

bosan kuar, on the way to parking, ternampak satu kedai gadget kitchen jugak, Pantry Magic
saje je gatal tanya Mixer Kitchen Aid tu
Skali harga dia lagi murah dari Kitchen Shop tu
Apa lagi.. terus jantungku berdegup pantas
wahh.. macam jupe kekasih hati
mase tu ade beberape ketul je
apalagi.. aku sambar satu.. kaler Oren
owhh sungguh cantik

Kitchen Aid aku punya. cantik kan?

ni je kaler yang tinggal.. rambang mata tengok colourful gini
Mek bata merah tu amik kaler merah
se-tema dengan blog dan rumahnya yang kaler merah katanya
hahahaha

ape-ape pon.
beli ni dia bagi free gift 1 lagi bowl dan satu lagi attachment






sepanjang balik rumah.. aku tak berenti tersengih-sengih. sewel rupenye aku nih
mau tak sengih.. idaman kalbu nih









Tada.. da sampai rumah
I love you lah
acececeh.. pasni aku buat entry masak-masak ngan kekasih baru ni ye.

anisfuad
xoxo

Monday, April 1, 2013

Jom Kurus With Kevin Zahri

iye.. aku da gomok
timbang hari tu naik 3 kg kot
mengelabah tak hengat
tetiba taknak makan
huh.. 3 minit je azam tuh

aku pikir, gali, selami (ayat jiwang)
apa punca sebenar aku susah nak diet
kenapa kalo aku diet pon mesti tak menjadi
mesti tak cukup or lebih here and there

sampailah aku terbuka web kevin zahri
aku tengok testimoni dan diet mereka kebanyakannya menjadi
dan menjadi bukan untuk sementara, tapi kekal selamanya
dan lagi satu yang best, mereka tak penah tinggal makanan kegemaran
even masa mereka diet pon
ini lah yang aku cari.
makan tak tinggal, tapi berat badan turun

sebab aku nak tahu sangat ape rahsianya
then aku signup seminar Jom Kurus dia
bagi aku yuran sangat berpatutan, RM60.00

ok. tibalah hari aku attend seminar Jom Kurus tu
buat kat Prince Court Hospital
start 10 pagi sampai 1 tengahari

mase sampai tu dia bagi sebotol air mineral, sebijik pisang dan 1 energy bar
wahhhhh.. memula lagi da kena diet

ok. then degebak-gedebuk la si Kevin Zahri ni bercerita,
berkongsi ilmu, ajar mengajari

memula dia cite jenis-jenis gemuk
pastu dia suh test korang gemuk type ape
dan cara nak kurangkan berat badan korang dengan type gemuk korang

pastu dia cerita fungsi sistem badan kita
macamana dia berkerja semasa kita diet
dan hubungkait dengan produk-produk pelangsingan yang dijual kat luar
aku salute dia.. dia tak pernah condemn produk-produk ni

Kevin Zahri in aztion
then waktu yang ditunggu telah tiba
dia suruh setiap orang buat calculation
calculation untuk keperluan diet kita sehari-hari
pastu reka pelan diet masing-masing
hah ini yang best
masing-masing punya pelan takde satu pon yang meninggalkan makanan kegemaran
nak minum coffe bean? boleh
nak makan ayam goreng dengan kulit? boleh
nak makan cheese cake hari-hari? boleh
nak makan coklat hari-hari? boleh
takde hal. boleh je semua tuh
dan yang penting, takde satu pon pengambilan supplement or exercise
hahahahah... aku suka, aku suka
sesuai dengan tagline dia.. Makan penting, Nikmat makan tu wajib

Nikmat makan itu wajib!
aku taknak la panjang lebar cerita kat sini
tak bagus la plak kan.

apa kata korang pegi ke web Kevin Zahri dan signup Seminar Jom Kurus tu
memang berbaloi-baloi-baloi

Sorry sebab tak banyak gambar
seminar ni memang sangat best sampai aku rasa setiap saat tu memang berharga
tak pernah aku sekhusyuk ni dengan seminar.
hahahahahah


me and Kevin Zahri

aku saje crop gambar camni supaya korang tak perasan kegemokan aku
hahahahahahaha
aku bukan nak menumbuk tau.. aku nak tunjuk nasi segenggam
tulah padahnya kalo nak control ayu


Anis Fuad
xoxo