Wednesday, March 27, 2013

Peringatan Untuk Ibu Menyusu

Ini entry aku yang serius

Semalam, aku pegi melawat seorang kenalan yang menghidap breast cancer
masa aku pegi tu dia dah sihat.
Baru lepas operation dan chemotherapy 

duk sembang-sembang dengan dia
she share her experience
dia ibu kepada 5 anak yang sangat comel dan dia pon sangat cantik

semuanya bermula selepas 3 minggu dia melahirkan anak yang kelima.
anak dia yang kelima tu sebaya anak aku yang nombor 3 tu, sekarang da 8 bulan
masa tu breast dia bengkak. ingatkan normal engorgement / masitisis
so dia just ingore and cam biasa dia tuam and urut bagi legakan bengkak
tapi bengkaknya tak surut dan breastnya makin sakit
so she went to see doctor.
check punya check, doktor bagitau dia ada breast cancer stage 3
masa tu Allah je yang tau perasaannya
tapi dia pasrah je lah

habis cerita asal dia, dia tanya aku.
"Baby u bagi susu ape?"
aku jawab "setakat ni Alhamdulillah still breastfeed"
dia respon "good, keep up the good work. you know what... semua kelima-lima anak i fully breastfeed sampai 2 tahun"
masa tu aku macam agak terkejut, ternganga aku. masa tu dalam otak aku "hah! dia menyusu anak dia tapi dia ada breast cancer"
aku rasa dia bleh agak aku pikir ape kot, then dia cakap
"walaupon ibu tu menyusu anaknya tak bermakna dia tak akan dapat cancer. beza ibu yang menyusu dan yang tidak menyusu cuma risiko cancer bagi ibu menyusu lebih rendah dari ibu yang tak menyusu. i penah argue dengan doktor i masa dia bagitau i ade cancer and inilah jawapannya."

serius.. selama ini aku duk pikir ibu yang menyusu tak akan dapat breast cancer. rupanya aku silap

pastu dia nasihat kat aku
1. Jangan suka stress, sebab stress adalah penyebab utama cancer.
2. Sentiasa berfikiran positif. Bila positif sistem badan kita pon positif. Jangan sekali-kali berfikiran negatif. sebab ia hanya menegetifkan sistem badan kita. Masa ni aku teringat 'Law of Energy' yang Prof. Muhaya duk cerita tu.
3. Jaga makan. Perlu ambil makanan exactly macam dalam pyramid makanan tu. Eat moderately, jangan over.
4. Don't forget to pray to Allah, mintak sihat tubuh badan dan jauhi dari sebarang penyakit

She's a very strong lady. Husband dia cakap dia cepat recover kalo nak compare dengan penghidap lain. Dia sentiasa positif. Dia tak penah give up. masa dia bercerita tu, dia rilek je, tenang je, aku plak yang over bergenang air mata.

jadi peringatan aku kat ibu yang menyusu anak diluar sana tu
jangan sekali-kali anggap kita terlepas dari breast cancer atas sebab kita menyusu
kita cuma berisiko rendah je. Jangan mudah rasa selesa ye.

peringatan buat aku juga

peace
xoxo

No comments:

Post a Comment