Friday, March 29, 2013

Bajet Hensem La tu

hahahaha. .gelak dulu

Anak-anak aku ni memacam ragam
ni ragam terbaru Azfar.
mula-mulanya aku tak perasan
sampai la semalam
time dia bad mood pon dia tetap buat
korang nak tau dia buat ape?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
gambar gambar stail macam ni

hah tengok, tangan tetap kat situ. walhal mase ni tengan bad mood ni

bila aku tak bagi dia buat tangan camtu
dia marah, siap cakap
"ni handsome boy stail la"
mane la dia belajar ni

kalo dulu trend dia lain






asal amik gambar je.. mesti senyum macam ni
bajet hensem sangat
hahahahha

anisfuad
xoxo




Resepi Bubur Bayi Paling Sedap

Hahaha poyo je puji masakan sendiri sedap
tapi memang sedap weh, sampai aku yang makan separuh bubur tu
da hilang separuh stok bubur Azeem. hahahaha

ok. kali ni aku share resepi bubur ikan bilis bersayur. erk.. blasah je lah nama ape pon.
bubur ni sesuai bagi kat bayi yang berusia 8 bulan keatas ye
sebab masa ni da boleh da nak introduce daging, ikan, ayam etc, etc

ingredientnya simple dimple je
Beras - setengah cawan
ikan bilis - sejemput, cuci bersih supaya kurang rasa masin
Butter - sikit je, nak buat menumis
bawang putih - sikit je, untuk tumis je. bertindak sebagai penyedap bubur nanti
Sayuran - suka hati korang nak letak sayur ape, aku letak, brokoli, carrot, kacang buncis dan kentang
air - ikut suka nak letak banyak mana, janji nasi menjadi bubur

untuk kekdahnye, layan gambar ye

Panaskan butter/minyak dan tumis bawang putih

masuk ikan bilis dan tumis sekejap

masuk beras, gaul kejap je.

masuk air ye puan-puan. dan biarkan nasi menjadi bubur.

kentang, carrot, brokoli, kacang buncis

bila nasi dah menjadi bubur, masuk sayur

udah siap


pastu blend ye, aku suka guna chopper sebab senang nak cuci

da blend dan sedia dimakan. kecur air liur aku

ok tu je.. da siap yang super duper simple yet sedap meletop
cer buat and bagi kat anak.. sure mintak tambah punya

anisfuad
xoxo

Wednesday, March 27, 2013

Peringatan Untuk Ibu Menyusu

Ini entry aku yang serius

Semalam, aku pegi melawat seorang kenalan yang menghidap breast cancer
masa aku pegi tu dia dah sihat.
Baru lepas operation dan chemotherapy 

duk sembang-sembang dengan dia
she share her experience
dia ibu kepada 5 anak yang sangat comel dan dia pon sangat cantik

semuanya bermula selepas 3 minggu dia melahirkan anak yang kelima.
anak dia yang kelima tu sebaya anak aku yang nombor 3 tu, sekarang da 8 bulan
masa tu breast dia bengkak. ingatkan normal engorgement / masitisis
so dia just ingore and cam biasa dia tuam and urut bagi legakan bengkak
tapi bengkaknya tak surut dan breastnya makin sakit
so she went to see doctor.
check punya check, doktor bagitau dia ada breast cancer stage 3
masa tu Allah je yang tau perasaannya
tapi dia pasrah je lah

habis cerita asal dia, dia tanya aku.
"Baby u bagi susu ape?"
aku jawab "setakat ni Alhamdulillah still breastfeed"
dia respon "good, keep up the good work. you know what... semua kelima-lima anak i fully breastfeed sampai 2 tahun"
masa tu aku macam agak terkejut, ternganga aku. masa tu dalam otak aku "hah! dia menyusu anak dia tapi dia ada breast cancer"
aku rasa dia bleh agak aku pikir ape kot, then dia cakap
"walaupon ibu tu menyusu anaknya tak bermakna dia tak akan dapat cancer. beza ibu yang menyusu dan yang tidak menyusu cuma risiko cancer bagi ibu menyusu lebih rendah dari ibu yang tak menyusu. i penah argue dengan doktor i masa dia bagitau i ade cancer and inilah jawapannya."

serius.. selama ini aku duk pikir ibu yang menyusu tak akan dapat breast cancer. rupanya aku silap

pastu dia nasihat kat aku
1. Jangan suka stress, sebab stress adalah penyebab utama cancer.
2. Sentiasa berfikiran positif. Bila positif sistem badan kita pon positif. Jangan sekali-kali berfikiran negatif. sebab ia hanya menegetifkan sistem badan kita. Masa ni aku teringat 'Law of Energy' yang Prof. Muhaya duk cerita tu.
3. Jaga makan. Perlu ambil makanan exactly macam dalam pyramid makanan tu. Eat moderately, jangan over.
4. Don't forget to pray to Allah, mintak sihat tubuh badan dan jauhi dari sebarang penyakit

She's a very strong lady. Husband dia cakap dia cepat recover kalo nak compare dengan penghidap lain. Dia sentiasa positif. Dia tak penah give up. masa dia bercerita tu, dia rilek je, tenang je, aku plak yang over bergenang air mata.

jadi peringatan aku kat ibu yang menyusu anak diluar sana tu
jangan sekali-kali anggap kita terlepas dari breast cancer atas sebab kita menyusu
kita cuma berisiko rendah je. Jangan mudah rasa selesa ye.

peringatan buat aku juga

peace
xoxo

Friday, March 22, 2013

Sarapan untuk Bayi

ok ok ok
hari tu janji nak buat entry resepi makanan bayi
hah ni buat julung kalinya di tahun 2013
aku nak share resepi makan bayi yang sedap mata
ni senang je.. main campak je
sesuai untuk ibu-ibu yang agak kurang rajin macam aku

Pumpkin & Corn Puree
bahan : sweet corn and pumpkin je
untuk cara.. meh layan gambar & caption je ye.

pumpkin / labu

sweet corn / jagung


kukus / steam

steam 20 minit ye puan-puan

Blend / Kisar.. kan da cakap, mesin ni best, terbalikan je untuk blend


letak dalam baby food cube dan simpan



senang je. anak aku suke sangat
inspirasi resepi dari botol Gerber Baby Food yang kat giant tu
hahahaha

peace
xoxo

Mom's Gadget - Must Have

lama betol aku tak buat entry baby food ni
kali ni anak ketiga pon sama
aku bagi homemade je. aku rasa lagi senang
confirm fresh dan banyak khasiat

tapi kali ni lain, aku tak freeze makanan dia
dia tak suka... adoyai
aku buat fresh 3-4 hari skali je
masak-masak terus letak dalam peti sejuk

ingat lagi dulu time buat makanan Azfar
renyah ko, nak steam, nak blender, pinggan mangkuk dalam singki pon banyak
tapi, kali ni cukup senang, kekadang tu sampai tak sesabar nak masak heheheh.(ahh poyo)
hidupku kini bahagia dengan adanya gadget terbaik dari ladang


Mom's Gadget


 Avent Baby Food Maker
 fuh, buat keje senang sangat. potong, masuk, on mesin, da siap
dapur tak messy, keje pon cepat

aku memang recommend gadget ni kat ibu-ibu
seriously korang akan buat makanan ni sambil tersenyum-senyum macam kerang busuk macam aku
hahahaha

mane nak beli? 
beli je kat online baby shop macam Littlewhiz tu.
tempat lain aku tak survey
dia slalu buat sale. harga sebenar mesin ni dalam RM450 kot (tak ingat)
tapi kalo kedai ni dia pernah bagi harga RM360-350 kot
tapi aku beli second hand je. hehehe
beli ngan member opis, mek bata merah tuh.

Hah nanti maternity and baby fair ni mesti adejual mesin ni
mesti murah harga dia

Maternity & Children Expo 2013

hello encik avent.. tak bagi aku komisen ke? 

peace
xoxo

Update, update

kali ni aku nak serius blogging.
iyelah tu. Mintak doakan. hehehe

last posting.. lama da kot, masa tu Azfar da setahun
kali ni Azfar da ade adik.
UmmiAlya kata aku ni diam-diam berisi
hahaha
bukan stakat berisi kat perut je
semua tempat berisi

nak kurus, nak slim
beli dvd aerobik konon
pastu end up tengok je DVD tu sambil layan kudapan
tengok macam cite box office
Alangkah bahagianya kalo dengan tengok je boleh kurus kan?

nak update cerita anak-anak
da lama dorang tak masuk internet
nasib la dapat mak malas macam ni
takyah cerita panjang lebar, layan gambar je ye

meh kita start
anak nombor 1, Athirah, umur 6 tahun



anak nombor 2, Azfar umur 4 tahun
aku bukak blog ni sbb dia la, nak record milestone dia, last-last mile kemana, stone kemana





anak nombor 3, umur 8 bulan
ni anak baru, fully breastfeed jugak. C-section jugak. total 3 c-sect



tu jelah anak-anak aku buat masa skarang ni, kalo ade anak lagi, aku update lagi.

ni kira pengenalan watak-watak dalam blog ni nanti la
suami aku tak nak join, katanya tak nak glamer. bajet artis sangat 

ok.. nantikan drama-drama lakonan watak-watak ni nanti ye

peace
xoxo

Thursday, March 21, 2013

Rindu Kot

Rindu
Lama tak jenguk forum ni .
seriously forum ni banyak membantu
dari zero knowledge sampai la kekadang bleh jadi rujukan
members yang tak lokek ilmu

dari sini aku banyak tau pasal breastfeeding
hebatnya breastfeeding
kalo tak.. aku rasa mesti FM jadi pilihan aku untuk anak-anak aku

knowledge dari latch, expressing sampailah storing semua ada
Besar pahala orang yang develop forum ni




suke gile kalo ade orang pm aku tanya pasal itu dan ini
hehehehehe.. walaupon takde la mane sangat pon aku tolong
ilmu pon tak penuh didada
tapi aku tolong sekadar mampu

rindu weh nak berforum lagi
tapi tak tau nak mencelah kat topik mane

peace
xoxo