Tuesday, September 6, 2011

Puisi Kesal Seorang Ibu

Salam sayang buat semua.

Semalam masuk opis setelah 2 minggu makcik cuti raya... huuuuuu lama tuh. macam biasa lah.. pepagi.. masuk bilik, on PC & check emails.. Hah.. amik... 95 unread emails... banyaknye...

Dalam banyak-banyak email, ade satu emai dari opismate makcik.. satu puisi yang cukup ringkas, mudah faham dan cukup menusuk hati makcik ni.
.
.
.
.
Anakku
maafkanlah ibu
meninggalkamu setiap pagi
melepaskan pelukanmu
ketika kau ingin bermanja

di meja ini mengadap kertas-kertas
di meja ini mengadap tugas-tugas
sesekali terganggu oleh matamu yang redup
sesekali terpanggil oleh suaramu yang sayup

Sekecil itu
aku sudah meminta pengertianmu
yang kita tidak dapat bermanja dengan hidup.
.
.
.
bila baca email ni... saya teringat kata-kata kawan saya.... Ada 2 bola...
1. Bola kaca... kalau kita baling, is pecah berkecai, hancur lebur, takleh nak selamatkan lagi...
2. Bola getah / plastik.. kalau kita baling, ia melantun baik kat kita, lagi kuat kita baling, lagi kuat ia melantun semula kat kita...

Bola kaca tu adalah keluarga / family : kalau kita buang, maka hancurlah keluarga... punah ranah kehidupan kita, sebab keluarga tak dapat dicari ganti.
Bola getah/plastik tu bola kerjaya, makin kuat kita kerja, makin banyak keje kita dapat. Kerja ni takkan habis.

so... tepuk dada, tanya selera

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Salam raya kepada semua.

Dikesempatan ini, saya menyusun 10 jari yang agak gemok ni memohon maaf diatas salah dan silap yang saya sengaja & tak sengaja buat. Manalah tau.. kot-kot ada entry saya yang mengguris hati pembaca semua.

Minggu pertama raya dah lepas.. so minggu 2, 3, 4... minggu rumah terbuka. Makan kenalah berpada-pada. bak kata kawan saya.. nak turun 3 kg... 3 bulan kena diet, nak naik 3 kg.. 3 hari je...

Pada mommies yang menyusukan anak, makan kena jaga, kualiti & kuantiti susu bergantung pada apa yang kita makan. Bila makan.. ingatlah yang tersayang.. heheheheh

Pada mommies yang baru melahirkan anak, tahniah dan tanamkan dalam hati untuk susukan anak sehingga 2 tahun. kuatkan semangat, jangan cepat mengalah.

Akhir kata.... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.