Thursday, June 3, 2010

Lagi resepi makanan bayi

Seronok betul saya bila ramai saya dapat share resepi makanan bayi dengan mommies semua. Lagi seronok bila ade yang dah mencuba...Thank you mommies...

Azfar saya dah masuk 8 bulan dah. maknanya dia dah boleh makan protein dari ayam, ikan. Entry saya pon macam mengikut musim jugak...heheheh. kali ni entry resepi makanan bayi bagi sumber protein ayam, ikan.

1. AYAM DAN BAYAM

1 ulas bawang putih
1 keping dada ayam
semangkuk bayam
sesudu minyak untuk menumis
2 gelas air - cukup untuk empukkan ayam dan berkuah sedikit.

Cara
Tumis bawang putih hingga naik bau
masukkan ayam dan tumis sekejap (suku masak)
masukkan air dan biarkan ayam tu masak secukupnya
masukkan bayam dan biarkan masak
angkat, sejukkan dan blend

(gambar takde sebab lupa snap... hehehe... sori yee)

2. SUP IKAN

2 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 ulas bawang putih
sekeping ikan tenggiri - potong kecik-kecik
1 gelas air

tumis rempah sampai naik bau
masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau
masukkan air dan ikan
biarkan mendidih sehingga ikan masak
angkat, sejukkan dan blend dan simpan.

ni dia sup ikan yang sudah diblend, saya buat berkuah skit, takde la pekat ikan jee.

SELAMAT MENCUBA

Baby food recipes - Combo sayur-sayuran

Salam sayang semua mommies. lama tul tak update resepi makanan baby ni..

Kali ni nak share dengan momies semua satu resepi sayuran bagi makana bayi... CAULITATOES atau nama melayunye... Brokoli campur kentang. Sungguh sedap sampaikan maknye plak yang curi2 makan.

1. CAULITATOES

3 biji kentang - buang kulit dan potong dadu
2 tangkai sederhana brokoli - potong kecik-kecik
1 sudu butter

Cara
Gaul sayuran tersebut dengan butter, kukus hingga masak, blend dan simpan... Senang kan?

Caulitatoes : Dah siap dan sedia dibekukan

2. CARROT DAN KACANG BUNCIS

1 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
3 biji carrot - kupas kulit dan potong dadu
segenggam kacang buncis - potong pendek-pendek
segelas air - cukup untuk empukkan carrot dan kacang tersebut

Cara
Tumis bawang putih hingga naik bau
masukkan air dan biarkan mendidih
masukkan carrot dahulu dan biarkan empuk
masukkan kacang buncis dan biarkan masak
angkat dan sejukkan
dah sejuk baru boleh blend, tapis (tapis untuk buang serat-serat kacang yang susah nak hancur)
bekukan.

Carrot buncis : sedia untuk masuk freezer