Wednesday, April 21, 2010

Masak-Masak Milk Booster - Ep. 2

Hallo... lama tak buat entry pasal milk booster buat sendiri nih. Kali ni saya nak share satu lagi resepi milk booster khas dari Indonesia. Ni bibik saya yang ajar. senang dan sodappp.

Masak lemak Jantung Pisang - Indonesian Style


1. 1 biji jantung pisang - dipotong setebal 1cm dan direbus / kukus
2. 4 ulas bawang merah ditumbuk
3. 3 ulas bawang putih ditumbuk
4. 2 sudu cili mesin
5. setengah cawan santan.
6. 2 cawan air
7. sekeping asam gelugor
8. minyak untuk menumis.

Tumis bawang merah, bawang putih dan cili mesin sehingga naik minyak. Masukkan santan, air dan asam gelugor. biarkan mendidih. bila dah mendidih, masukkan jantung pisang, garam dan gula. bila nampak macam h=jantung tu dah lembut dan sebati dengan kuah, boleh la angkat dan hidangkan.

selamat mencuba...

Travel with my kids

Last week, saya ditugaskan untuk jadi penceramah bagi satu Bengkel di Awana Kijal. Huish... dah lama tak berbengkel kat luar, best ni... sambil menyelam minum air. hehehe

Tapi perjalanan kali ni amat berbeza dari yang sebelum-sebelum ni. Saya drive 5 jam non-stop dengan membawa Azfar dan Athirah bersama. heheheh.. mesti ade yang tertanya... Azfar tak breastfeed ke selama 5 jam tu? Haaa.. Azfar tetap breastfeed walaupun saya tengah driving... macam mana tuuu...

macam ni....
1. Saya bawak bersama peneman saya - penting nih
2. saya bawak bersama 2-3 botol EBM (baru dan cair) dan saya simpan dalam cooler bag supaya EBM tersebut sentiasa sejuk
3. Bila Azfar nak susu, bibik saya akan ambil EBM dalam cooler bag dan panaskan dengan car bottle warmer (yang tak payah pakai air). Benda ni memang berjasa, saya beli kat Mothercare.

Mothercare Car Bottle Warmer.

4. Every 2 hours, saya akan pam dan top up Stok EBM untuk perjalanan dan untuk kegunaan semasa saya kerja kat sana nanti. Saya tak bawak frozen EBM sebab saya takde cooler box.

sessi mengepam sedang berlangsung

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik, selamat dan berjalan lancar. Saya berjaya susukan Azfar walaupun tengah driving. SATU KEJAYAAN SAYA DALAM PERJALANAN PENYUSUAN SAYA... ALHAMDULILLAH... SYUKUR

Baked Apple With Raisin - 6month

Azfar dah makan macam-macam jenis buah-buahan. Alhamdullillah, setakat ni dia belum reject lagi ape-ape yang saya bagi.

Kat sini saya nak share 1 resepi yang sangat berkhasiat, sesuai dengan baby 6 bulan keatas. BAKED APPLE WITH RAISIN.

Bahan-bahan
4 biji apple
setengah cawan kismis

1. apple dibuang kulit dan dipotong dadu
2. masukkan apple dan kismis dalam poket aluminium
3. letak atas kuali dan masak lebih kurang dalam 10minit

tengah masak...

4. bila dah masak, angkat, sejukkan dan blend sampai halus.

sudah masak...

5. Tuang dalam ice cube dan ready untuk dibekukan.

sudah blend dan sedia dibekukan

Puri ini sesuai dimakan macam tu sahaja atau dicampur dengan puri pear atau puri carrot. yum yum yum... sedappp.

Cubalah......

Friday, April 9, 2010

Puree and store baby food

Bulan ni rasanya saya nak buat entry mengenai pemakanan bayi. Saya percaya ramai ibu-ibu dikalangan kita ni kebanyakkannya bekerja. Subuh dah kluar rumah, maghrib baru sampai rumah, bila dah balik tu.. penatlah pulak nak masak bubur anak nih. so sesetengah ibu akan ambik jalan mudah dengan berikan bayi mereka bijirin segera yang ade kat pasaran tuh... (senang... tambah air je)

So.. kat sini saya nak mencadangkan satu kaedah mudah, cepat dan hebat kepada ibu-ibu semua dalam penyediaan makanan baby kita.... "Bekukan". Saya dah praktikkan kaedah ni masa Athirah kecik2 lagi.. memang memudahkan saya. Masa tu saya keje memang teruk, kluar pagi, balik dah maghrib, sabtu keje lagi... penat sangat2.. memang takde mase lah nak masak hari-hari ni.. memang jenis balik keje, mandi semayang.. terus lelap.

Macam yang diterangkan dalam entry saya sebelum ni, saya ade tunjuk bagaimana nak mudahkan kerja kita dalam penyediaan makanan baby. Untuk entry ni pulak, saya nak terangkan detail mengenainya.

Bagi bayi berusia kurang setahun, mereka perlu ambil makanan yang lembut macam puri. Puri halus ataupun puri dengan sedikit tekstur. Maknanya kita perlu blend makanan mereka supaya senang untuk mereka mengambilnya. Kita boleh puri macam-macam buah dan sayuran, cth: apple, pear, pisang, labu, jagung, kacang peas, kurma, kismis, prune, plum dan sebagainya.

Kaedah menyediakan puri:-
1. buah perlu dikupas kulitnya dan dipotong dadu
2. kukus atau rebus buah berkenaan (kalau rebus, kena letak air sikit je) tujuan kukus atau rebus ni adalah untuk melembutkan buah berkenaan.
3. blend halus buah tersebut.

Ubi keledek dan kacang peas yang telah dikukus

kita boleh puri ni ikut tahap kehalusan teksturnya:-
bayi 6 - 8 bulan : Tahap 1 (Puri yang paling halus dan sedikit cair)
bayi 9 - 11 bulan : Tahap 2 (Puri yang sedikit bertekstur tetapi halus dan sedikit pekat)
bayi 12 bulan keatas : Tahap 3 (Puri yang bertekstur kasar dan pekat)

Bila sudah puri, kita boleh bekukan puri tersebut. saya selalu buat banyak jenis puri untuk seminggu supaya baby saya dapat variasikan makanannya sehari-hari... so takde la asyik duk makan benda sama je 2-3 hari.

Kaedah beku:- tuang puri dalam ice cube, biarkan sejuk sikit dan letak dalam freezer. Jangan lupa labelkan, supaya kita tau bila kita buat puri ni... senang nak tau bila expirednya. Lazimnya.. makanan puri ni tahan sampai sebulan atau lebih!!! (bestkan.. spend 1/2 jam untuk buat stok sebulan- jimat masa)

puri keledek sedia untuk dibekukan

Deep freezer saya memang dah sesak, so bila saya buat puri ni, saya bekukan dulu dalam ice cube. esoknya bila dah keras, saya transfer dalam plastik (tapi make sure plastik yang tahan beku). Jangan sesekali bekukan puri dalam bekas berkaca, sebab kebanyakan bekas berkaca ni tak tahan beku dan boleh pecah.

stok makanan Azfar

Saya galakkan puri tersebut dibekukan berasingan mengikut jenis. cth, puri apple sahaja, puri labu sahaja.. sebab sekiranya kita campur puri-puri ni dan bekukan, rasanya akan berubah.. mungkin tak sedap berbanding kita campurkan waktu kita cairkan bila nak makan.

Puri yang bercampur EBM boleh dibekukan, tapi mestilah EBM yang baru diperah, bukan EBM yang frozen. sebab takut akan membahayakan baby kita tu.. lagipun thawed EBM takleh dibekukan semula.

Thursday, April 8, 2010

Mane follower ku?

Sedihnya gue... follower blog tetiba hilang.

Tulah.. tangan tu gatal sangat nak mekap blog. kalo dah tau tak pandai, jangan buat. huhuhu (marah kat diri sendiri). Yelah.. saya jeles tengok Blog orang lain.. cantik2, lawa2, comel2.. blog saye nih macam... asal boleh je. heheheh

This morning saya post dlm susuibu.com... mula2 tak perasan.. pastu tengok2 status.. Gue sudah jadi 'Rakan Karib' kuang-kuang-kuang, jakunnya aku nih... uihss berkurun jugak saya nak dapat title ni. saya join tahun 2007... tahun 2010 baru dapat. Memang leee, saya ni silent reader, postnye tak seberape pon... join susuibu.com pon nak cari ilmu breastfeeding, nak reply2 pertanyaan orang, tak pandai la saya.. ilmu tak cukup lagi, karang terbagi ilmu sesat.. kes naya tu.

Ape-ape pun saya sangat berterima kasih kepada member2 web susuibu.com, banyak ilmu yang saya dapat. Rasenye kalo takde web macam ni, masyarakat kita akan masih buta breastfeeding. SUSUIBU.COM MEMANG BEST!!!! Tabik spring kat Susuibu.com

Saturday, April 3, 2010

Freeze Your Baby Food!

Bila pikir-pikir.... saya memang tak sempat nak masak untuk azfar setiap hari. So saya buat balik ape yang saya buat kat Athirah dulu.. jeng-jeng-jeng... freeze your baby food.

Saya buat bubur nasi, puri carrot, puri apple dan puri pear dan letakkan dalam kiub ais dan frozenkan. Bila nak makan, Bibik saya ambik beberapa kiub dan panaskan. Jimat masa kan? alhamdulillah, setakat ni, Azfar tak ambik lagi apa-apa bijirin segera yang ade kat pasaran.

Bubur nasi

Bubur nasi yang sedia dibekukan

Puri apple dan puri pear

Puri apple dan pear yang sedia dibekukan

Bagi mommies yang letak anak kat babysitter atau nursery, boleh buat macam saya. setiap hari ambil beberapa kiub puri (cth: 2 kiub puri apple + 2 kiub puri pear), letak dalam bekas dan bagi kat babysitter/nursery, minta mereka simpan dalam peti ais dan panaskan bila nak makan. Ini bukan sahaja memudahkan mereka, malah anak kita akan sentiasa dapat makanan yang sihat.

kelebihan frozen food ni, bukan sahaja dapat jimatkan masa, malah kita dapat variasikan menu baby kita. cth: kita ade puri apple, puri pear, puri labu, puri carrot, puri jagung. bila nak makan, kita boleh campur puri-puri tuh.. cth: apple+pear, jagung+labu, bubur nasi+carrot, apple+carrot, bubur nasi+labu.. menarik kan?

Kombinasi makanan ni saya dah buat masa Athirah baby dulu... dan Alhamdulillah dia tak pernah reject.

Frozen baby food ni tak tertumpu hanya kepada fruit and vege sahaja, ayam, daging, ikan pun boleh buat.. Yang ini saya akan terangkan dalam posting akan datang

Azfar's First Food

Ku soooo excited.. Azfar dah boleh makan. After six months minum susu je... he finally can take solid food. Saya ingat2 lupa pengalaman masa first bagi solid food kat Athirah.. so i did some study againnn...

and these are what i found:-

First week : lunch only, menu: bubur nasi + susu sahaja

Bubur nasi sedia untuk dibekukan

Second week : lunch only, menu: start introduce fruit or vege puree. setiap jenis puri hendaklah diberikan selama 4 hari berturut2 barulah boleh tukar kepada puri yang lain. ini supaya kita dapat tahu samada baby kita alah (elergic) atau tidak dengannya dan supaya baby dapat menyesuaikan rasa setiap puri.

Third week :
baru la baby boleh makan 2 kali sehari, breakfast dan dinner

Fourth week :
now... your baby can have their meals 3 times, breakfast, lunch and dinner.

kebanyakan menu, saya ambil dari web homemade baby food and wholesome baby food. cuma saya adjust-adjust skit sebab nak cater dengan asian taste. Nanti anak jadi selera mat salleh.. parah jugak tu, mak dia pandai masak kampung je... western ni tak pandai lee kawe. heheheh

Alhamdulillah, Azfar ok je bila diberi bubur nasi dengan susu... Lagaknya macam orang yang dah biasa makan....

Organizing Deep Freezer

Fuh... lama betul rasanya ku tidak meng'update' blog ni. banyak sangat bendanya nak masukkan, tapi masa tak mengizinkan. so, kali ni ingat nak pulun abess.

Last weekend, saya kemas2 deep freezer saya. sebenarnya dah lama nak buat, semak betul tengok peti nih... saya simpan EBM dalam liner, berterabur dalam plastik, silap hari bulan boleh bocor liner tu sebab bergeser dgn satu sama lain.



So saya terus beli bekas plastik murah-murah. saya beli borong.. dapatlaa RM 3.00 satu. Saya susun semua EBM tu ikot tarikh dan nombor supaya senang skit nak ambik..

akhirnya.....


Dah lama jugak saya tak kira stok EBM saya... lepas kemas2, ada 143 pack EBM semuanya. Lepas kemas... pening lain plak datang... alamak tak muat peti la pulak.. mane nak simpan EBM, mane nak simpan frozen baby food, mane nak simpan aiskrim... Solutionnya... separuh EBM saya berikan pada anak susuan saya.

Dah setel satu problem.....