Wednesday, September 29, 2010

1 Year Sudah...


Alhamdulillah 25 september 2010 lepas... anak lelaki saya Azfar ni dah setahun. Cepat betul masa berjalan. Rasa macam saya baru je habis pantang. Yelah, mungkin sebab dia anak kedua, excited tengok perkembangan dia takde la se excited masa Athirah dulu.. Kalo masa Athirah dulu... rasa mase tu lambat sangat berjalan.. sebab tak sabar nak tunggu perkembangannya sehari-hari. Haruslah cik kak, dah nama new mother mase tu kannn...

Bila Azfar dah setahun, maknanya saya dah fully breastfeed dia selama setahun.. Fuhh.. mencabar. Saya tak tahu pendapat orang lain, tapi bagi saya, penyusuan susu ibu bagi ibu yang bekerja amatlah sangatlah mencabar. Allah je yang tahu perihnya... mau tak mencabar... nak penuhi tuntutan kerja lagi, nak pam susu lagi, kena outstation lagi, skip sesi pam sebab nak pegi meeting lagi, kena kutuk ngan opismate sebab pam susu lagi, jadi bahan lawak sebab aktiviti pam susu lagi, stress keje lagi... adoiii pendek kata mental kena kuat.

Anis... setahun je lagi.. be strong!!!.. YA ALLAH.. PERMUDAHKANLAH DAN KUATKANLAH MENTAL DAN FIZIKAL KU UNTUK MENYUSUKAN ANAKKU.

Kalau mommies nak tahu sape yang beri saya semangat untuk saya selama ni... tak lain tak bukan... YOU ALL SENDIRI!!.. THANK U VERY MUCH AND LOVE YOU ALL!