Monday, August 9, 2010

Breakfast idea for Baby

makcik ni slalu pening nak bagi ape untuk breakfast si kecik tu. muak jugak dia kalo asyik makan bubur nasiiiii je. Azfar pon dah nak masuk setahun, so time ni dia blasah je ape2, tapi pantang tetap pantang (no sugar and no salt). Last-last ni yang dapat:-

Bubur labu dan jagung
semangkuk labu
setengah mangkuk jagung
3 gelas air
setengah cawan santan

1. masukkan labu, jagung dan air.
2. masak sehingga bahan-bahan tu separuh masak
3. masukkan santan dan masak sampai labu, jagung tu empuk
4. blend halus dan tapis utuk buang serat2 jagung tu
5. sedia untuk dihidangkan!

Pisang dan Kurma
sebiji pisang
3 biji kurma
3 sudu besar serbuk beras perang

1. Rebus kurma dengan sedikit air sampai lembut. Lecek dan ketepikan
2. lecekkan pisang
3. bancuh serbuk perang perang dengan air suam sampai jadi macam tekstur bubur
4. masukkan kurma & pisang tadi, gaul sebati dan hidangkan.
(**Azfar dah besar, dia dah boleh makan makanan yang bertekstur)

Beras perang tu menaikkan rasa dan bau bubur tersebut. kalau nak compare dengan beras putih, beras perang ni ade rase dan best. memang sesuai kalo disatukan bersama buah-buahan. memang mantap!

2 comments:

  1. Assalamualaikum....
    Hi saya Lynda....
    Nak tanyalah serbuk beras perang tu nak cari kat mana ye?
    Ingat nak bg baby saya makan serbuk beras perang.
    Baby saya dah nak msk 8 bulan.... :-D

    ReplyDelete
  2. serbuk perang perang tu bleh cari kat Giant or Tesco. slalunye dia letak dekat bahagian beras

    ReplyDelete