Thursday, August 12, 2010

Kurma Ice Blended

Selamat berpuasa to all mommies.

ade request dari kawan blog saya, nak resepi untuk kurma ice blended.. resepi ni memang best, energy booster. kalau nak buat sahur pon ok. tapi jangan taruk ais... sakit perut karang pepagi minum ais ni. heheh

KURMA ICE BLENDED (1 pax)
250ml low fat milk
4 biji kurma (saya suka kurma jenis Bam, lembut dan senang nak hancur)
21 biji kismiskuning (nak brape banyak pon tak kisah)
1/2 biji pisang (kalau ade)
Ais secukup rasa.

1. masuk semua dalam blender, blend sampai hancur dan sedia diminum.

kalau sesape tak boleh tolerate dengan susu lembu, bleh ganti dengan susu soya, tapi make sure yang kurang manis. ataupun 250ml soya melilea (bancuh sendiri). Pisang tu boleh ganti dengan buah-buah lain. tapi kalau guna pisang, jangan letak banyak-banyak, nanti minuman tu jadi pekat, susah plak nak telan (pernah terjadi kat saya, alih-alih setengah jam baru bleh habiskan)

Selamat mencuba!

Wednesday, August 11, 2010

Cloth Diaper (CD) Berbau

oh oh oh... sejak kebelangan ni CD Azfar berbau busuk, hancing sangat-sangat.. sampai kalo dukung dia, orang kat sebelah pon boleh bau. Nak keluar jejalan pon malu, kot-kot orang sebelah terbau hancing dr CD anak saya ni. Karang orang kata 'Mak budak ni tak tukar lampin anak ke?'

macam-macam saya buat, bilas bersih, rendam air sabun, basuh balik.... ia tetap bau.. Pening Makcik...

Then tetiba dapat idea nak call L*******.

'Hello L*******. Saya Anis, baby saya guna L*******'
'Oo.. Alhamdulillah.. Ade ape-ape boleh saya bantu?'
'Saya perasan CD anak saya cepat berbau dan baunye memang busyuk sampai duk sebelah pon bleh bau. kenape ye?'
Anak puan umur brape skrang?'
'11 bulan'
'Umur 11 bulan dah makan macam-macam, so sisa buangan dia agak strong kalo nak compare dengan dulu-dulu'
'ooo.. tapi masalahnya, saya dah basuh beriya-iya pun, masih berbau'
'ape puan boleh buat ialah... bilas soaker pad sampai hilang air kencing, kemudian rendam dalam air panas, pastu bersihkan macam biasa. Rendam soaker pad je tau, sarung dia tu jangan rendam.'
'oo ok, kalo All In One (AIO) pulak macamana?'
'kalo AIO, just bilas sampai hilang air kencing dan rendam dalam air suam gitu. saya nak bagi satu tips kat puan. Najis baby ni ade minyak, so kadang-kadang kita basuh, minyak tu masih melekat kat CD, sekali sekala, puan sental CD puan dengan pencuci pinggan macam Sun***** tu, InsyaAllah kesan minyak tu hilang'
'Hah! Sun*****? Biar betul! nanti saya cuba, terima kasih banyak-banyak ye L*******.'

Makcik pastu terus pegi basuh CD-CD tu... Time angkat CD tu.. berkobar-kobar ni kot-kot tak menjadi... Alhamdulillah.. hilang bau tu..

Monday, August 9, 2010

Breakfast idea for Baby

makcik ni slalu pening nak bagi ape untuk breakfast si kecik tu. muak jugak dia kalo asyik makan bubur nasiiiii je. Azfar pon dah nak masuk setahun, so time ni dia blasah je ape2, tapi pantang tetap pantang (no sugar and no salt). Last-last ni yang dapat:-

Bubur labu dan jagung
semangkuk labu
setengah mangkuk jagung
3 gelas air
setengah cawan santan

1. masukkan labu, jagung dan air.
2. masak sehingga bahan-bahan tu separuh masak
3. masukkan santan dan masak sampai labu, jagung tu empuk
4. blend halus dan tapis utuk buang serat2 jagung tu
5. sedia untuk dihidangkan!

Pisang dan Kurma
sebiji pisang
3 biji kurma
3 sudu besar serbuk beras perang

1. Rebus kurma dengan sedikit air sampai lembut. Lecek dan ketepikan
2. lecekkan pisang
3. bancuh serbuk perang perang dengan air suam sampai jadi macam tekstur bubur
4. masukkan kurma & pisang tadi, gaul sebati dan hidangkan.
(**Azfar dah besar, dia dah boleh makan makanan yang bertekstur)

Beras perang tu menaikkan rasa dan bau bubur tersebut. kalau nak compare dengan beras putih, beras perang ni ade rase dan best. memang sesuai kalo disatukan bersama buah-buahan. memang mantap!