Friday, April 9, 2010

Puree and store baby food

Bulan ni rasanya saya nak buat entry mengenai pemakanan bayi. Saya percaya ramai ibu-ibu dikalangan kita ni kebanyakkannya bekerja. Subuh dah kluar rumah, maghrib baru sampai rumah, bila dah balik tu.. penatlah pulak nak masak bubur anak nih. so sesetengah ibu akan ambik jalan mudah dengan berikan bayi mereka bijirin segera yang ade kat pasaran tuh... (senang... tambah air je)

So.. kat sini saya nak mencadangkan satu kaedah mudah, cepat dan hebat kepada ibu-ibu semua dalam penyediaan makanan baby kita.... "Bekukan". Saya dah praktikkan kaedah ni masa Athirah kecik2 lagi.. memang memudahkan saya. Masa tu saya keje memang teruk, kluar pagi, balik dah maghrib, sabtu keje lagi... penat sangat2.. memang takde mase lah nak masak hari-hari ni.. memang jenis balik keje, mandi semayang.. terus lelap.

Macam yang diterangkan dalam entry saya sebelum ni, saya ade tunjuk bagaimana nak mudahkan kerja kita dalam penyediaan makanan baby. Untuk entry ni pulak, saya nak terangkan detail mengenainya.

Bagi bayi berusia kurang setahun, mereka perlu ambil makanan yang lembut macam puri. Puri halus ataupun puri dengan sedikit tekstur. Maknanya kita perlu blend makanan mereka supaya senang untuk mereka mengambilnya. Kita boleh puri macam-macam buah dan sayuran, cth: apple, pear, pisang, labu, jagung, kacang peas, kurma, kismis, prune, plum dan sebagainya.

Kaedah menyediakan puri:-
1. buah perlu dikupas kulitnya dan dipotong dadu
2. kukus atau rebus buah berkenaan (kalau rebus, kena letak air sikit je) tujuan kukus atau rebus ni adalah untuk melembutkan buah berkenaan.
3. blend halus buah tersebut.

Ubi keledek dan kacang peas yang telah dikukus

kita boleh puri ni ikut tahap kehalusan teksturnya:-
bayi 6 - 8 bulan : Tahap 1 (Puri yang paling halus dan sedikit cair)
bayi 9 - 11 bulan : Tahap 2 (Puri yang sedikit bertekstur tetapi halus dan sedikit pekat)
bayi 12 bulan keatas : Tahap 3 (Puri yang bertekstur kasar dan pekat)

Bila sudah puri, kita boleh bekukan puri tersebut. saya selalu buat banyak jenis puri untuk seminggu supaya baby saya dapat variasikan makanannya sehari-hari... so takde la asyik duk makan benda sama je 2-3 hari.

Kaedah beku:- tuang puri dalam ice cube, biarkan sejuk sikit dan letak dalam freezer. Jangan lupa labelkan, supaya kita tau bila kita buat puri ni... senang nak tau bila expirednya. Lazimnya.. makanan puri ni tahan sampai sebulan atau lebih!!! (bestkan.. spend 1/2 jam untuk buat stok sebulan- jimat masa)

puri keledek sedia untuk dibekukan

Deep freezer saya memang dah sesak, so bila saya buat puri ni, saya bekukan dulu dalam ice cube. esoknya bila dah keras, saya transfer dalam plastik (tapi make sure plastik yang tahan beku). Jangan sesekali bekukan puri dalam bekas berkaca, sebab kebanyakan bekas berkaca ni tak tahan beku dan boleh pecah.

stok makanan Azfar

Saya galakkan puri tersebut dibekukan berasingan mengikut jenis. cth, puri apple sahaja, puri labu sahaja.. sebab sekiranya kita campur puri-puri ni dan bekukan, rasanya akan berubah.. mungkin tak sedap berbanding kita campurkan waktu kita cairkan bila nak makan.

Puri yang bercampur EBM boleh dibekukan, tapi mestilah EBM yang baru diperah, bukan EBM yang frozen. sebab takut akan membahayakan baby kita tu.. lagipun thawed EBM takleh dibekukan semula.

9 comments:

  1. Salam
    Anis, nk tanya. cam ne nk buat puree jagung tu ye? guna jagung segar tu yea? lagi satu, kacang peas tu amik dari dlm tin kan? =)

    ReplyDelete
  2. IbuAzroy : puri jagung saya tak buat lagi, lagipon tak sesuai dengan perut baby usia 6 bulan. it is not advisable to introduce corn to baby under 1 year. ia susah skit nak digest sebab sarung biji jagung tu. takot nanti will upset the baby's stomach. sesuai diberi bila baby dah setahun sebab masa ni, sistem percernaannya dah kuat. Cara penyediaannya sama macam peas jugak, mesti kukus atau rebus untuk lembutkannya. pastu blend.

    kacang peas tu jangan amik yang dalam tin sebab yang dalam tin tu ade garam. saya guna frozen peas. yang ni tiada perisa tambahan, just plain peas.

    saya lupa nak masukkan dalam entry ni. kacang peas tu bila sudah kukus, kena bunag kulit2 dulu sebelum blend.

    ReplyDelete
  3. Akak suka singgah sini, banyak info menarik..

    Pssst.. jom mai sini ambik AWARD, tak kisah le bila2, kalu sempat..
    http://mimialya1.blogspot.com/2010/04/award-lg.html#links

    ReplyDelete
  4. SAlam Anis..
    Lari tajuk jap.. mai le ambil award kt http://mimialya1.blogspot.com/search/label/award

    ReplyDelete
  5. salam...best blog awk nie...bnyk sgt info resepi mknn bby...kita sedih sgt...kita msk utk ank tp bby sit xbg..ckp ank xnk mkn...pastue suh bg nestum...

    ReplyDelete
  6. salam..
    seronoknya baca blog awak ni. semua info berguna.
    nak tanya, macamana nak panaskan semua campuran makanan ni yer? saya nk feed bayi kembar. kalau pakai microwave boleh ker?
    kalau pakai warmer, bekas babay food tu selalunya kecik.
    thanks..
    -noriz

    ReplyDelete
  7. chameleon

    slalunya.. saya campurkan kiub2 tu dalam kuali kecik, masukkan air skit & panaskan.

    kalo pakai microwave pon ok je. tapi saya jarang guna microwave sbb suhunye panas sangat dan sesetengah nutrien boleh hilang

    ReplyDelete
  8. salam..chameloeon,
    kalo pki fud warmer blh sbnrnye..cume kna mskkn dlm bekas kecik..i slalu hantar fud + EBM kat nursery n they dont have any problem with that..sbb i hantar skali fudwarmer tu..so senangla dorg nk panaskan.susu tu mm gi dah packkan dlm bekas tu..then dorg tinggal nk mskkn je dlm fudwarmer..fud pon same..now my boy jst mkn porridge..masih tahap 1.so i bg bekas yg same.so that dorg takyah susah2 nk panskan atas dapur..nti tkt panas sgt..kang mlekat kat periok..kang mbazir fud baby tu..so me more taklah pns sgt kalo pnskan kat fudwarmer ni...

    ReplyDelete
  9. sonok baca blog ni...byk info...tq :)

    ReplyDelete