Wednesday, April 21, 2010

Masak-Masak Milk Booster - Ep. 2

Hallo... lama tak buat entry pasal milk booster buat sendiri nih. Kali ni saya nak share satu lagi resepi milk booster khas dari Indonesia. Ni bibik saya yang ajar. senang dan sodappp.

Masak lemak Jantung Pisang - Indonesian Style


1. 1 biji jantung pisang - dipotong setebal 1cm dan direbus / kukus
2. 4 ulas bawang merah ditumbuk
3. 3 ulas bawang putih ditumbuk
4. 2 sudu cili mesin
5. setengah cawan santan.
6. 2 cawan air
7. sekeping asam gelugor
8. minyak untuk menumis.

Tumis bawang merah, bawang putih dan cili mesin sehingga naik minyak. Masukkan santan, air dan asam gelugor. biarkan mendidih. bila dah mendidih, masukkan jantung pisang, garam dan gula. bila nampak macam h=jantung tu dah lembut dan sebati dengan kuah, boleh la angkat dan hidangkan.

selamat mencuba...

4 comments:

  1. Anis..

    Cara ambil award tu akak dah jelaskan kat sini.

    http://mimialya1.blogspot.com/search/label/award

    Moga membantu

    ReplyDelete
  2. anis
    sedapnya...rindulah masakan ni

    ReplyDelete
  3. Qaseh mas : hehehe, best... nanti boleh masak

    ReplyDelete
  4. O this is so delicious, I have your blog from anis, very great.

    ReplyDelete