Wednesday, March 10, 2010

Dah besar dah budak-budak ni...

Kejap je rasanya masa berlalu, rasanya macam baru je saya lahirkan anak sulung saya Athirah. tapi rupanya sedar tak sedar saya dah ada 2 anak dah. seronok bila tengok perkembangan anak-anak nih, macam-macam ragam dan karenah. Saya plak macam-macam perasaan ade, seronok la, bangga la, sedih la, geram la, marah la.

Athirah sekarang dah 2 tahun 9 bulan, dah macam anak dara besar, pakai baju memilih.. nak melawa manjang. Asyik nak tarik muncung (merajuk) je (bila dia tarik muncung, saya buat tak tau je, malas nak layan, pastu dia ok sendiri) suka meniru apa yang kita buat, bahaya nih... so saya dan suami sentiasa berhati2 kalo buat ape2, nanti dia ikut. sekarang ni dia suka berimaginasi, ade je benda dia buat.

Bila ayahnya marah, dia merajuk.. tapi bila saya marah.. dia sedih, nangis dan terus cakap "umi, athirah nak kawan ngan umi" kononnya nak pujuk saya la tuh. satu lagi, si kakak ni pantang tgk kamera... terus posing. pendek kata sentiasa dlm standby mode lah klo nampak kamera. Ntah sape dia ikut. mak bapak dia tak suka bergambar.

Dia ni sangat sayang kat adiknya, kalo adiknya nangis, dia org pertama yang dengar dan berlari dapatkan adiknya... tepuk2... syh syh syh.. tido ek, kakak ada, kakak ade (ayat yang sama saya guna utk pujuk adik).

kadang-kadang saya gurau2 dengan dia.. Athirah nak susu umi (BF) tak? dia jawab.. taknak, nanti kalau Athirah minum, Azfar lapar sebab susu abis, takpe la, bagi Azfar ajelah (walhal dia taknak, banyak alasan)

ni pulak anak teruna saya, dah 5 bulan, dah meniarap dan asyik nak berteman je. Dia ni mudah senyum. tapi.. kecik-kecik lagi dah tunjuk garang. kalo saya lambat skit BF dia, dia punya jerit, satu taman dengar. kalo toys terlepas dari tangan, dia jerit2. pendek kata.. suka jerit la dia ni. Sangat kuat minum susu, kalo saya ada kat umah, kejap2 nak susu.

skarang ade peel baru, pantang nampak orang makan, dia jerit2 suh suapkan jugak.. saya buat tak tau je... sabar, lagi sebulan je lagi.

i love them so much... they are my precious. Children.. i pray for your life and health, jadilah anak-anak yang soleh dan solehah sebab, nanti.. umi taknak harta benda kamu, umi cuma nak doa dan kasih sayang dari kamu.