Monday, January 25, 2010

Masak-masak milk booster

fuh weekend ni memang saya pulun habis cuti... mau tak nye.. dah seminggu asyik balik malam je... sabtu & ahad la waktu saya dengan family.

So untuk masak-masak minggu lepas, saya buat milk booster orang kampung punya. hari sabtu masak kerabu jantung pisang pantai timur (ni resepi kampung saya - kelantan). hari ahad buat ketam masak lemak cili api. hasilnya memang amat menakjubkan. saya nak kongsi resepi ngan korang semua... sangat senang, yang mana yang dah terer masak tuh... mintak maaf la kalo resepi saya ni tak berape sodap..hehehehe

Kerabu jantung pisang

1 biji jantung pisang - rebus dan dipotong nipis-nipis agak-agak tebal 1cm
4 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam
1 biji limau nipis
setengah cawan santan pekat - masak dulu supaya tak basi
1 ekor ikan kembung (yang kecik je tau) - rebus dulu dan ambik isinya
garam & gula secukup rasa

mula-mula tumbuk lumat bawang merah, lada hitam dan ikan. kalo sape-sape nak ade rase ikan chunky-chunky, ikan tu tumbuk ala kadar je. pastu masukkan santan, limau nipis, garam & gula, gaul rata. last sekali masukkan jantung pisang yang dah rebus tu dan gaul rata-rata. dah boleh hidang.
ni lah dia kerabu jantung pisang.. kegemaran ku
dan... inilah hasilnya... saya makan tengahari, petang tu kena pam sebab dah berat sangat... melimpah-limpah. ingat nak ambik botol ketiga.. tapi.. penyakit malas plak datang menjenguk.

Hari Ahad plak saya masak masak ketak lemak cili api... tak brape pedas sebab athirah suka makan masak lemak ni.. ni pon bagi hasil yang hebat. masakan tu saya tak sempat amik gamba.. dah licin masuk perut. cara-cara masak:

3 ekor ketam
10 biji cili api
1 keping asam keping (buah belimbing buluh pon bleh gak, asalkan masam)
sebatang serai - dititik
1 inci kunyit hidup (kunyit serbuk takde kick)
santa dari setengah biji kelapa
garam & gula secukup rasa.

cara masak.... masukkan semua kedalam periuk (kecuali ketam), bila nampak macam mendidih skit, masukkan ketam, garam & gula. masakan ni mesti sentiasa dikacau, jangan tinggalkan nanti pecah minyak dan santan berketul-ketul.

ni lah hasilnya.. saya pam 10minit kat opis jam 7.30pagi tadi... yang kelakarnya, saya tak perasan dah penuh, tau-tau kain dah basah. Ingatkan sebab corong tu tak letak betul, rupa-rupanya dah penuh melimpah-limpah.. sebab bawak 2 botol je.. yang pebuh tu transfer dalam liner dan saya continue pumping.

saya harap mommies dapat cuba 2-2 masakan ni.. sedap, berkhasiat, bebas dadah dan hasil yang hebat. sape2 yang ade resepi milk booster lain.. leh kita share-share.. :)

Thursday, January 21, 2010

Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)

Saya memang amalkan makan minyak kelapa dara (VCO) ni sejak mengandung anak pertama sampailah sekarang. kalo waktu pregnant khasiatnya untuk mudahkan bersalin. Saya penah mengesyorkan seorang kawan saya untuk ambil VCO untuk mudahkan bersalin, Alhamdulillah dengan izin Allah berkesan. Tapi tak berkesan untuk saya sebab dua-dua anak saya dilahirkan secara c-section. hehehehe.

Kelebihan VCO ni saya petik dari satu artikel:-

The unique composition of human breast milk fat includes the fatty acids, lauric acid and capric acid, which have potent antimicrobial properties. These fatty acids offer the nursing infant protection from viruses such as herpes and HIV, protozoa such as giardia lamblia, and bacteria such as chlamydia and heliocobater.

A study published in 1998 in the American Journal of Clinical Nutrition has shown that lactating mothers who eat coconut oil and other coconut products, have significantly increased levels of lauric acid and capric acid in their breast milk. Thus, the milk supply has increased amounts of the protective antimicrobials , which will give even greater protection to the nursing infant.
Pregnant females store fat to assure successful lactation. Any lauric acid and capric acid in the diet becomes part of the adipose stores. The milk fat of a lactating mother is made up of these stores as well as her current diet. If her diet doesn´ t contain lauric acid, then generally her milk fat will contain around 3 lauric acid and round 1 capric acid.

When a lactating woman adds foods rich in lauric acid to her diet, the amount of lauric acid available in her breastmilk increases substantially to levels three times the original level and nearly double the amount of capric acid. In countries where coconut oil is a diet staple, levels of lauric acid in the mother´ s milk can be as high as 21 and capric acid can be as high as 6 giving her infant even more protection against viruses, bacteria, and protozoa.

Subhanallah... hebatnya anugerah Allah.

Kalo dulu kemang tekak nak telan minyak ni
, sekarang dah senang dah ada yang dibuat dalam bentuk soft gel i.e HPA and Halagel. Cuba lah... :)

Tuesday, January 19, 2010

Anak Susuan

Alhamdulillah... Allah murahkan rezeki saya dan anak saya. Saya telah berjaya mengumpul lebih kurang 120 packs EBM setakat ni. Bersesak-sesak EBM dalam peti, dan akhirnya hubby belikan deep freezer untuk saya simpan stok2 EBM saya tu. saya amat bertuah kerana ade suami yang sungguh supportive. Thank u Baba.

stok EBM ku.... ada 6 1/2 plastik. setiap plastik ade 20 packs

Sehari kalo hari kerja, saya dapat kumpul lebih kurang 30oz EBM, setengah saya akan simpan frozen dan setengah lagi untuk bekalan keesokkannya. oleh kerana Azfar minum lebih fresh EBM berbanding frozen EBM, stok EBM saya semakin membukit... saya tak nak simpan frozen EBM lama-lama, so saya sedekahkan sebahagian kat anak SIL which is 2 months older than Azfar. My SIL very happy sebab even though the EBM tu bukan dia punya, dia tetap gembira sebab anaknya dapat menyusu BM. My SIL ni ade masalah dalam milk production, macam-macam cara dia buat tapi tak berjaya juga.

Alhamdulillah, saya dah ada anak susuan. I'm very happy and hoping i can produce more milk to feed my two babies.

Azfar kekenyangan

Sharing Is Caring

Me and my kids

Sharing is caring... phrase yang sering sangat disebut-sebut sekarang ni. Pegi mane-mane pun orang duk sebut phrase ni. Memang ade kebenarannya..

"When we willing to share something with others, meaning we do care about them. We want to share our happiness so that they can be happy like us, we want to share our knowledge and experience so that they make it as a guide in their life".

This blog dedicated to all parents specially breastfeeding mommies yang bersemangat waja dalam membesarkan anak-anak mereka.

kerana... sharing is caring... and caring is love.... :)